Memelihara dan menjaga kepentingan, kemurnian dan kesucian Islam haruslah menjadi agenda utama seluruh umat Islam di negara ini. Sebagaimana termaktub, bahawa Manhaj rasmi yang diguna pakai dan diamalkan di negara ini hanyalah Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang bertunjangkan dua sumber utama iaitu al quran dan As Sunnah disamping Ijmak dan Qias.
Kita tidak boleh berdiam diri membiarkan hukum-hakam Allah dipersenda dan dimain-mainkan, diputar belit atau dihurai secara sesuka hati menurut nafsu dan kepentingan individu dan pihak-pihak tertentu.
Kalau kita tidak mahu menjaga dan memelihara Islam, maka siapa lagi? Apakah kita mahu membiarkan musuh-musuh Islam secara sesuka hati mengajar kita bagaimana kita harus menjaga kesucian agama kita.
Bila syariat Islam cuba diseleweng dan dipermain-mainkan, maka umat Islam harus bangkit dengan penuh kesedaran, dalam satu kata dan tindakan mempertahankannya sepenuh jiwa dan raga sebegaimana yang dikehendaki Allah dan Rasul. Kenapa? Kerana Islamlah harta kita, jiwa kita, kemuliaan atau Izzah kita, hidup dan mati kita bahkan dunia dan akhirat kita!
Tukar Sahaja Nama!
“Tukar sahaja nama kepada "Sisters in Malaysia" jika ingin meneruskan kegiatannya sekarang, termasuk memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia,” saran Pemuda Pas Malaysia kepada Sisters in Islam (SIS).
Kata mereka lagi, “label "Islam" pada NGO terkenal itu hanya boleh dikekalkan jika "mempunyai pandangan jelas tehadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak memainkan isu atas dasar hak asasi (manusia) yang terlalu subjektif."
"Dewan Pemuda PAS tidak menghalang hak mereka (SIS) untuk bersuara, namun sikap mereka yang tidak memperlihatkan diri mereka sebagai pertubuhan Islam seharusnya dinilai," kata ketuanya yang baru Nasrudin Hassan.
"Sebagai menghormati hak mereka, Dewan Pemuda menyarankan agar SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam al-Quran
dan hadis."
Keluarkan Fatwa
“..Majlis Fatwa Kebangsaan harus bersidang bagi mengambil sikap yang jelas terhadap SIS, sekaligus mengeluarkan fatwa sama ada NGO ini layak mengunakan nama Islam dalam pertubuhan mereka atau tidak,” kata Nasruddin lagi yang merupakan tokoh pemuda lulusan Mesir
"Jika tidak layak (guna nama Islam), maka mereka harus diharamkan mengunakan nama Islam dan diminta bubar atau menukarkan nama persatuan jika mahu terus aktif dalam berpersatuan kerana mereka tidak lagi dianggap mewakili suara wanita dan umat Islam keseluruhannya," katanya lagi.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
2 comments:
Persoalannya sekarang, bagaimana kita hendak memelihara dan menjaga kepentingan, kemurnian dan kesucian Islam jika umat Islam kita sendiri tidak ikhlas memperjuangkan Islam. Contohnya sekarang ini terdapat juga orang Islam sendiri yang melahirkan rasa kurang senang dengan adanya masjid, mencetuskan perpecahan ummah hanya kerana adanya masjid. Sepatutnya kita sebagai orang yang mengaku diri kita Islam dan beriman, perlu mencari jalan tentang bagaimana hendak mengimarahkan masjid kerana masjid itu merupakan satu platform yang paling baik untuk meninggikan syiar Islam.
slm sdr anonymous. diharapkan agar dpt memperkenalkan diri pd masa yg akan dtg supaya kita dapat bertaaruf dgn lebih rapat. Persoalan yg tuan timbulkan dlm komen itu sangat tepat sekali iaitu bagaimana kita hendak memulakan segala keazaman2 kita itu? Dan saya lihat jawapannya juga dlm komen sdr iaitu kembali kpd pusat kesatuan kita bermula di masjid. Kembali dgn ikhlas, bukan dgn agenda2 lain yg hanyir. Di sana, mulakan perintahlah Allah yakni 'Bermusyawarahlah'. penyelesaian masalah di antara para mukminin sepatutnya bermula dengan memantapkan iman, menyburkan ukhuwah dan sering bermusyawarah. Allahu 'alam.
Post a Comment