INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, June 3, 2009

DOSA BESAR MENGUNDANG LAKNAT & SIKSA

Dosa itu sesuatu yang menyesakan hati. Merimaskan jiwa. Semua jadi tak selesa dan serba tak kena walau pun sering mewar-warkan 'macam-macam ada'. Tanyalah pengalaman diri kita masing-masing bila kita berada di dalam 'kepompong dosa'.

Bila terjebak dosa tak kira dosa kecil ataupun dosa besar , wajah terasa berselaput debu dan hidup bagai berawan jerebu. Di dalam jiwa bertandang 'Nuktatun sauda' yang menhitamkan bumbung, dinding dan lantainya.

Bagi orang beriman, dosa kecil sahaja sudah terasa bagai gunung besar yang akan menghempap tubuh. Namun bagi si Fajir, walau sudah melakukan dosa besar, dia rasa selamba mamba sahaja kerana merasakan dosa itu tak lebih macam lalat yang hinggap di hidungnya.

Dosa kecil atau AL LAMAM itu selain boleh diampunkan Allah dengan cara taubat dan istighfar, ia boleh juga terhapus bilamana dilakukan kebaikan secara berterusan dan juga bilamana wujud faktor-faktor 'Kaffarah' dosa sebagaimana yang tersebut di dalam hadis-hadis Nabi saw. Ini semua kerana rahmat Allah dan kasih sayangNya.

Manakala dosa-dosa besar pula, maka ia tidak akan terampun tanpa bersungguh-sungguh membersihkan diri dengan cara melakukan taubat Nasuha. Seandainya ada kena dengan manusia, maka wajiblah memohon kemaafan dan redha NYA.

Sahabat Nabi saw, Ibnu Abbas rdhma ketika menerangkan mengenai Dosa Besar menyatakan: "Tiap-tiap dosa yang Allah menutup bicara tentangnya (menyebutkan balasannya) dengan neraka, kemarahan, laknat atau azabnya"
>

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial