JOHOR BAHRU: Baru beberapa hari lalu saya ada ‘post’kan satu artikel mengenai ‘perlumbaan’ menuju syurga. Rasanya sahabat semua telah menghadamnya. Termakasih juga di atas komen Suraiya. Kalau boleh ramai lagi sahabat-sahabat yang menurunkan komen dan respons mereka. Itulah Muzakarah secara Online. Insya Allah, Hayatul ‘ilmi Bil Muzakarah, Hidup ilmu dengan bermuzakarah.
Perlumbaan Yang Terpuji
Andai masing-masing menjadikan agenda hidupnya ‘berlumba’ demi akhirat, insya Allah, semua orang akan menjadi yang terbaik. Terbaik di posisi masing-masing.
‘Perlumbaan’ bagi mendapatkan syurga dan segala kenikmatannya adalah perlumbaan yang terpuji. Ia tidak akan menjadikan manusia kejam, tamak, rakus, zalim dan hilang kewarasan.
Sebaliknya, demi mencapai matlamat yang diredhai itu, manusia akan saling berkasih sayang, berukhuwah, bermuafakat dan bertolong bantu walaupun berbeza warna, rupa, bahasa dan terpisah antara benua.
Inilah ikatan yang terjalin di atas dasar Mahabbatullah yakni kecintaan kepada Allah swt. Di atas tapak Mahabbatullah inilah para mukminin dan mukminat membenarkan janji Tuhan mereka.
خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ
Ertinya : "tempat penamat yang harum semerbak kasturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba" ( Al-Mutaffifin :26 )
Bila hidup bermatlamatkan keduniaan
Kesudahan mereka yang saling ‘berlumba’ demi mencapai redha Allah ialah pertemuan penuh kasih sayang di dalam syurgaNya nanti..
Tetapi manusia dengan kejahilan dan kesombongan mereka telah membelakangkan janji dan peringatan Allah itu. Manusia dengan serba kelemahan dan keterbatasannya telah bertindak menurut nafsu dengan memilih sesuatu tindakan dan satu keputusan yang hina. Keputusan yang sangat mengembirakan sang Iblis.
Insan yang fasiq dan Fajir tidak merindui syurga malah tidak pernah menginginkan pertemuan dengan Allah swt. Hidup mereka tidak lagi bermatlamatkan redha serta keampunan Allah.
Matlamat, visi dan misi hidup mereka semuanya kearah keduniaan dan demi memuaskan hawa nafsu yang tak pernah kenyang.
Usaha mereka untuk ‘menumpukkan’ harta tanpa ada niat untuk (berzakat, bersedekah dan berinfaq pada jalan Allah) telah menjadikan iman mereka cair, mata mereka jadi kelam dan buta. Maksud saya, mata yang ada di dalam dada mereka.
Tidak salah mencari harta dan mengembangkannya. Hadis Nabi saw ada menjelaskan bahawa di antara tanggungjawab ibubapa itu ialah tidak meninggalkan zuriat mereka dalam keadaan miskin papa dan melarat sehingga ia menyusah dan membebankan orang lain pula selepas ketiadaan mereka di dunia.
Sudah nyata yang harta adalah faktor penting dalam melaksanakan perintah agama. Harta yang baik menjadi faktor ’pemudah’ dalam melangsaikan banyak tanggungjawab duniawi dan ukhrawi.
Seperti yang kita maklum dalam dunia ini harta adalah nadi kehidupan jasmani, sebagaimana Agama nadi kehidupan rohani. Harta adalah rebutan dan keperluan manusia. Apabila tidak diukur dengan ukuran syara’ ia akan menjadi racun.
Saidina Umar ra pernah mengungkapkan: "..’Izzud Dunya Bil Mal. Wa ’Izzul Akhirah Bi Solihil A’mal.” yang bermaksud ”Mulia di dunia kerana mempunyai harta dan mulia di akhirat kerana mempunyai (bekalan) amal yang soleh.”
Cinttakan harta, membutakan mata
Menurut pengalaman dan pembacaan kita, bilamana kecintaan kepada harta memuncak, bilamana harta jadi matlamat teratas, bilamana manusia rasa dirinya sudah memiliki segala-galanya, maka ia jadi angkuh dan menyombong diri.
Firman Allah: " Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,
kerana dia melihat dirinya serba cukup. " (ayat 6 & 7 : Surah Al ’Alaq).
Lebih teruk dari itu ialah kerana disebabkan harta, manusia saling jatuh menjatuhkan, bermusuh-musuhan, tidak bertegur sapa, putus hubungan kekeluarga dan persaudaraan, saling berdendam bahkan sanggup berbunuh-bunuhan. Kecintaan meluap-luap kepada harta telah memadam dan melenyapkan ihsan, belas kasihan, cinta dan kasih sayang.
Hari ini media melaporkan bahawa seorang lelaki mati ditetak dengan parang selepas bergaduh dipercayai akibat perebutan harta pusaka di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nenas, dekat Pontian. Allahu Akbar!
Ya, cuba ulang baca perenggan di atas. Apakah puncanya? Apakah sebabnya? Masya Allah, kerana harta yang membutakan.
Al MarhumTahir Zainal, 41 (umurnya seusia saya), mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian.
Sila baca laporan pihak polis di bawah:
"....Sebelum kejadian kira-kira jam 1.30 petang di rumah pusaka arwah ibu mangsa, Tahir dan isterinya ke sana untuk menyelesaikan masalah harta pusaka bersama dua saudara terdekatnya. "
"...Tahir yang berang apabila pintu rumah itu berkunci bertindak mengambil kuku kambing dari keretanya untuk memecahkan pintu rumah dan apabila gagal dia mengambil kapak untuk cuba membuka pintu sambil memarahi dan mencabar saudara-saudara terdekatnya itu.. "
"...Tindakan Tahir menyebabkan seorang saudara terdekatnya itu bertindak mengambil sebilah parang dan sebatang tajak kelapa sawit sebelum pergi ke arah Tahir yang ketika itu bergerak ke bahagian tepi rumah untuk memecahkan pintu belakang...."
"....Apabila dia menghampiri Tahir, Tahir bertindak menyerang lelaki itu dengan kuku kambing menyebabkan lelaki terbabit menghayunkan parang menetak sebelah kiri badan Tahir," lapor Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Muzammil Hashim.
Astaghfirullahal ’Azhim..apakah kesudahan sebegini yang kita inginkan? Apakah yang kita akan jawab di hadpan Tuhan? Apakah alasan kita cukup kuat untuk diterima Tuhan? Fikir-fikirkan.
Bernama@Bharian Online@sahabatamal
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
2 comments:
andai setiap insan sentiasa ingat akan kematian yg kemudian disusuli dgn hari pembalasan rasanya takde masa langsung nak dengki-mendengki, gila pangkat mahupun tamakkn harta yg takde nilai di alam barzakh & hari pembalasan nanti... dengar perkataan "alam barzakh" je dah bole menggegarkn perasaan, belum lagi alami situasinya.
YA ALLAH, bantulah kami dlm mengingatiMU, mensyukuri segala nikmatMU & lindungilah kami dr kejahatan kami sendiri... Amin...
Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik harta adalah yg berada di tangan org yg beriman. Dgnnya ia menghubung silaturrahim dan melakukan kebajikan."
Inilah harta yg membawa keberkatan dan kasih sayang, bukan permusuhan dan perpecahan.
Post a Comment