INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, June 18, 2009

HATI YANG BERSIH, LANTERA HIDUP INI

Dalam bidang perubatan dan pembedahan, satu rumusan atau satu kenyataan telah diputuskan (digazetkan) iaitu ‘jantung (hati) yang sihat adalah menjadi faktor dan sumber kesejahteraan hidup seorang manusia.

Bahkan semua orang menerima (akur) bahawa selagimana jantung berada di dalam keadaan baik yakni masih berfungsi mengepam darah secara teratur (sistematik) ke seluruh anggota tubuh, maka selagi itulah manusia berada di dalam keadaan sihat wal ‘afiat.



Jesteru, dengan sifir, kaedah yang sama telah dirumuskan secara muktamad bahawa kebaikan jasmaniah (lahiriah) seseorang itu bergantung (terletak) kepada kebaikan hatinya (rohaniah) kerana ia merupakan anggota yang paling penting di dalam tubuhnya.

Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging, Bilamana dia baik, maka baiklah seluruh anggota dan bilamana dia rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perbezaan pendapat mengenai hati dan akal

1) Para ulama di kalangan mazhab Fiqh Imam As Syafi’I r.h.m.t mengatakan bahawa: Sumber asal akal (‘aqlun) ialah pada hati dan akal yang terdapat di dalam kepala itu hakikatnya berasal dari hati.

Apa dalil mereka?

Firman Allah swt: لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا

“Mereka mempunyai hati, namun (tetapi) mereka tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah).” (surah Al A’raf: 179).

Hujah dan pandangan yang sama diguna pakai oleh ahli falsafah dan ulama mutakallimin.

2) Manakala mazhab Imam Abi Hanifah Rahimahullah mengatakan bahawa: Akal itu terletak pada otak.

Pendapat yang serupa telah diterima pakai dan dikeluarkan oleh para doktor (ahli perubatan) dengan hujjah bahawa bilamana otak menjadi rosak maka rosaklah akal manusia.

Kajian dan pemerhatian berterusan di dalam ilmu perubatan telah mengesahkan bahawa punca fikiran seseorang manusia itu terletak di (pada) otaknya kerana pancaindera yang lain hanya akan bergerak dengan arahan yang dikeluarkan oleh otak.

Sumber yang asal

Sekalipun terdapat dua perbezaan pendapat dalam hal ini, namun satu kenyataan umum telah diterimapakai bersama bahawa HATI kekal sebagai sumber asal kehidupan (pergerakan) seluruh anggota badan termasuklah otak.

Hujjah dan rasionalnya ialah bilamana hadis Nabi saw mengatakan bahawa kesejahteraan jasad lahiriah dan fikiran dihubungkaitkan dengan hati, ia membawa makna jasad dan fikiran telah dihubungkan dengan sumbernya yang asal.

Sumber kehidupan kita yang asal inilah yang wajib dipelihara dan dijaga supaya ia sentiasa bersih pada pandangan Allah swt. Hati itu amanah Allah kepada kita untuk dijaga dengan segala daya upaya yang ada.

Ia sememangnya tugas yang amat berat dan sukar lebih-lebih lagi dengan kewujudan dua musuh tradisi manusia yang sangat menginginkan agar manusia tersembam di lembah kehinaan dan kemurkaan Tuhan. Siapa lagi mereka kalau bukan syaitan dan nafsu?

Namum bagi para solihin yang telah membulatkan azam dan tekad semata-mata mahu membesarkan Allah lewat kehidupan di dunia nan sementara ini, insya Allah laluan penuh ranjau ini pasti akan dipermudahkan Allah buat mereka. Itu janjiNya yang pasti.

Jika Allah mahu memudahkan perjalanan hidup seseorang, maka Allah boleh saja memudahkan segala urusannya kerana kunci kemudahan itu ada di dalam genggamanNYa.

Firman Allah: "Mereka yang berjihad /bermujahadah (bersungguh-sungguh) di jalan Kami pasti akan Kami tunjuki (beri hidayah) jalan-jalan Kami; Sungguh, Allah bersama orang yang berbuat baik." (Surah Al ‘Ankabut:69)

Setelah Allah memerintahkan manusia memelihara dan membersihkan hati mereka, Allah telah, sedang dan akan melihat dan memantau pula siapa yang sanggup taat melaksanakan perintahNya dan siapa pula yang membelakangkan perintahNya itu.

Kepada yang taat, dijanjikan keberuntungan dan kejayaan besar dan buat mereka yang culas dan ingkar dijanjikan untuk mereka kerugian dan kehinaan.

“Sungguh beruntunglah orang yang senantiasa membersihkan jiwanya dan sungguh merugilah orang yang senantiasa mengotori jiwanya.” (Surah Asy-syams: ayat 9).




2 comments:

Anonymoussaid...

السلام عليكم ورحمة الله , saya amat tertarik dengan isu ini kerana Rasulullah SAW sendiri bersabda yang bermaksud "Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan". Niat itu adalah di hati dan melaluiniat maka terhasilnya perbuatan. Ini menunjukkan bahawa hati itu penting dalam menentukan baik atau buruknya perbuatan seseorang, benar atau batil kepercayaan seseorang, malah nilai perbuatan di sisi ALLAH juga bergantung kepada hati. Ada yang perbuatan yang menjadi ibadat apabila hatinya bersih melakukannya kerana ALLAH dan ada kalanya ianya menjadi "adat" hanya kerana perbuatannya itu lahir dari niat untuk menunjuk-nunjuk.

Teringat saya kepada pesan Imam Al-Ghazali,"carilah hatimu pada tiga tempat, carilah hatimu letika kamu membaca Al-Quran. Sekiranya tidak kamu temui, carilah hatimu ketika kamu mengerjakan solat. Sekiranya tidak kamu temui juga, carilah hatimu ketika kamu duduk bertafakur mengingati kematian. Sekiranya tidak kamu temui juga, maka pohonlah kepada ALLAH hati yang baru kerana pada hakikatnya ketika itu hatimu telah tiada." Demikianlah pentingnya hati dalam kehidupan kita.

Hati kita perlu dibersihkan dan perlu digilap. Apatah lagi hati yang telah dipenuhi dengan titik-titik hitam (dosa). Hanya taubat yang dapat menghilangkan titik hitam yang terbentuk akibat dosa yang kita lakukan. Pernah Rasulullah ditanya tentang bagaimana hati boleh dibersihkan dan digilap. Jawapan yang diberikan Rasulullah ialah, hati boleh dibersih dan digilapkan dengan mengingati ALLAH dan membaca Al-Quran.

Saya teringat kata-kata seorang ustaz, hati yang tidak diisi Al-Quran di dalamnya ibarat telefon bimbit yang tidak ada bateri. Walau secanggih dan sehebat mana telefon bimbit itu sekalipun, tapi tanpa bateri, tiada gunanya.

Setakat ini dulu dari saya Yusoff, Saujana Utama. Semoga bersambung di lain masa. Allahu a'lam.

SAHABAT AMAL said...

Syukran Ya akhi. Ia pesanan-pesanan yang sangat berharga utk diri ana sendiri. Ia pesanan dari kawan kepada seorang kawan. Sesungguhnya seseorang itu di atas agama temannya.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial