INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, June 4, 2009

MAINJ LANCARKAN PROGRAM INSANIAH


MERSING 3 Jun – “ Di dalam kefardhuan zakat itu ada banyak hikmah, pengajaran dan rahmat yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Bilamana perintah zakat dilaksanakan sepenuh keimanan dan peranan dibangunkan secara menyeluruh, maka kesatuan dan perpaduan ummah akan semakin kukuh dan mantap.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melalui program Insaniah akan berusaha mencari rumah yang uzur dan membaikinya,” kata Penolong Pengarah Unit Agihan Zakat MAINJ, Azlan Abdullah.


Sambung beliau lagi, Program Insaniah itu akan dilaksanakan MAINJ tidak lama lagi untuk membantu golongan yang memerlukan. MAINJ tidak akan membiarkan nasib rakyat terbiar tanpa pembelaan, sebaliknya akan terus menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

"Kerja-kerja membaiki rumah tersebut akan dijalankan secara bergotong-royong bersama Jawatankuasa Pembangunan Mukim-mukim (JPMM)," kata Azlan semasa mengadakan Program Jengah Rakyat di Kampung Air Merah, di sini baru-baru ini.

Lain-lain fakta:
1. Seramai 211 orang penerima bantuan MAINJ di daerah Mersing sehingga April lalu ialah melibatkan peruntukan sebanyak RM40,000 sebulan dan bantuan dialisis kepada 31 orang.

2. MAINJ berjaya mengutip RM100.7 juta dan daripada jumlah itu RM78.6 juta telah diagihkan untuk asnaf yang layak.

3. Bantuan untuk perubatan mencecah RM8 juta.

4. Seramai 834 pesakit buah pinggang telah pun mendapat bantuan dialisis.

UtusanMalaysia Online@sahabatamalMei2009


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial