INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, June 6, 2009

JOHOR AKAN SEMARAKAN PENGAJIAN AL QURAN & AS SUNNAH


JOHOR BAHRU 5 Jun – Islam meletakan anak-anak yatim pada satu kedudukan yang sangat mulia dan menjanjikan kemuliaan kepada insan yang mengasihi dan memuliakan mereka.

Selain menjaga dan mengatur kehidupan mereka agar terurus dan kebajikan mereka pula terjaga, para pengasuh, pendidik dan pemegang amanah mereka hendaklah mengambil tanggungjawab pendidikan agama dan pembentukan rohaniah mereka.


" Masa senggang anak-anak yatim yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan belia dan remaja, sewajarnya diisi dengan pembelajaran ilmu agama. Bagi tujuan itu, kerajaan negeri komited melaksanakan pelan pembangunan modal insan yang seimbang bagi memenuhi keperluan golongan ini, “ kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman semasa merasmikan Tilawah al-Quran dan Nasyid Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim (Peyatim) Peringkat Kebangsaan ke-16 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini malam tadi.

Beliau berkata lagi, “Selain pengetahuan duniawi, ilmu al-Quran dan As-Sunnah perlu diterapkan dalam membimbing golongan anak- anak yatim bagi memperkasa akidah serta menghindarkan mereka daripada terjebak dalam masalah sosial.”

Bilamana petunjuk al quran dan as sunnah tidak mengalir di dalam jiwa, maka seseorang itu tiada kekuatan menghadapi godaan nafsu dan syaitan yang yang tanpa jemu mengambil peluang menyebar dan mempromosi kan kejahatan dan kedosaan.

" Untuk tujuan itu, kerajaan negeri akan berusaha membudayakan pengajian al-Quran iaitu pengajian bersanad, tahfiz serta taranum dan pengajian As-Sunnah. program berbentuk keagamaan itu akan dilaksanakan secara sepenuh masa di sekolah-sekolah agama kerajaan negeri, sekolah menengah agama dan Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (Marsah)," kata Abdul Ghani lagi.

Abdul Ghani juga memberi jaminan bahawa pengajian separuh masa turut diadakan di masjid, surau, jabatan dan agensi kerajaan.

Blog sahabat amal berpandangan, tidak kira samada seorang itu anak yatim ataupun tidak, remaja taupun dewasa, lelaki ataupun perempuan, ilmu al quran dan as sunnah mestilah dipelajari dan dihayati kerana ia adalah asas hidayah dan teras kebahgiaan bagi setiap umat Islam tidak kira di mana mereka berada.

Bila kita jauh dari petunjuk ilahi, kita akan tersesat saat melayari bahtera kehidupan di dunia nan sementara ini dan sentiasa pula terdedah kepada kerosakan.



0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial