INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, June 25, 2009

KES HIV DARI 1989-2008 : 84,630 KES. WAL'IYAZU BILLAH.


KOTA BAHARU, 23 Jun - Bila kita jauh dari petunjuk al quran dan sunnah, maka beginilah jadinya.Allah swt telah pun menyedia dan mempersiapkan kepada manusia satu sistem hidup yang maha selamat, penuh kerahmatan dan menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Itulah Dinul Islam yang diredhaiNya untuk sekelian hamba-hambaNya. Islam yang bererti selamat dan sejahtera. Namun kita menolak dan membelakangkannya tanpa rasa bersalah. Maka, terjadilah apa yang terjadi. Kita sudah semakin tidak ‘selamat’ lantaran mengetepikan syariat Islam yang menjamin keselamatan hakiki.


YB Menteri Kesihatan telah melahirkan rasa bimbangnya.

"Paling membimbangkan ialah masalah remaja yang mengambil dadah dan mengamalkan seks bebas yang menyumbang kepada jangkitan HIV dan Aids," kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berucap merasmikan Konvensyen Program Sihat Untuk Remaja (Prostar) Sekolah Peringkat Kebangsaan di sini selasa lalu.

“Peningkatan tidak sihat ini dilihat selari dengan peningkatan jangkitan HIV dan Aids di seluruh negara, “ katanya lagi dalam ucapannya yang dibacakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan di Kementerian Kesihatan Abdul Jabar Ahmad.

Fakta:

1. Keseluruhan kes HIV yang dilaporkan di seluruh negara dari 1986 hingga 2008 ialah 84,630 kes.

2. Pada 2008 sahaja, sejumlah 3,692 kes HIV baru dilaporkan dan lebih merisaukan ialah daripada jumlah keseluruhan kes HIV, 78.4 peratus iaitu 66,418 orang berumur antara 13 dan 39 tahun.

"Ini sudah cukup memberi gambaran kepada kita bahawa mereka mula terlibat dalam aktiviti berisiko ini pada awal usia remaja iaitu semasa di peringkat sekolah lagi," kata beliau lagi.

Semasa membaca laporan ini, hati saya terbetik dan bertanya, dari jumlah yang dinyatakan ini, berapa peratuskan yang melibatkan anak bangsaku yang beragama Islam? Kalau peratusan penglibatan itu dilakukan oleh anak bangsa kita, makanya ‘kita masih menjuarai’ dalam perkara negative ini. Na’uzubillahi min zalik.

bernama@sahabatamal


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial