KANGAR: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah bunyi pepatah Melayu mengenai dugaan berat yang sedang ditanggung oleh seseorang insan. Tiada kata yang dapat diungkapkan saat mendepani ujian Allah itu, namun dengan berbekalkan kekuatan iman, ketabahan jiwa serta dorongan dan kata-kata semangat dari ramai pihak, dia kini ada kekuatan untuk melangsaikan tanggungjawab dan kewajipannya.
Demikianlah laluan dan dugaan hidup yang terpaksa diterima oleh encik Rodzake Namis sekeluarga dengan penuh kesabaran, tabah dan redha saat menerima kelahiran bayi mereka, adik Muhamad Nabil Mustaqim, yang dilahirkan tanpa alat kelamin. Allahu Akbar! Allah Maha Besar! Moga disebalik ujian berat ini ada hikmah dan pengajaran yang tersembunyi. Sungguh adik Muhammad Nabil Mustaqim ini seorang bayi yang istimewa.
”Saya reda dengan kurniaan diberikan Tuhan kepada dan kami sekeluarga akan memastikan Muhamad Nabil dididik sebaik,” kata Rodzake.
Selain dilahirkan dengan hanya dua buah zakar tanpa alat kelamin, adik Muhamad Nabil turut mempunyai kecacatan lain termasuk tiada kelopak mata, memiliki sembilan jari dan hanya sebelah telinga kiri, selain ruang pernafasan hidung yang sempit.
"Bayi ini sangat istimewa dan dengan bantuan yang akan diberikan, diharap dapat meringankan beban keluarganya. Adik Muhamad Nabil ini perlu menjalani pembedahan bagi menebuk telinga di sebelah kanan, selain tahap pendengarannya hanya 70 peratus berfungsi. Baitulmal Perlis sudi menanggung kos pembedahan telinga kanan Muhamad Nabil, termasuk pembelian alat pendengaran khas bagi membantunya supaya dia dapat mendengar secara sempurna, ” kata Mohd Sokri Hussin, pengarah Baitul Mal Perlis.
Sama-sama kita doakan kesihatan dan kesejahteraan untuk adik Muhamammad Nabil Mustaqim.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment