INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, June 26, 2009

KEMANA MENGHILANG WAJAH TUMINI?



MADIUN – Syukur kepada Allah di atas nikmat kehidupan, kesejahteraan dan ke’afiyatan yang dikurniakanNya. Nun, banyak lagi senarai nikmat Allah yang kita terima saban hari, saban waktu, saban ketika yang mana semuanya kita tak mampu nak mengitung dan membilangnya dek kerana terlalu banyaknya.

Bila kita rasa agak sedikit kesempitan dan kesusahan, maka ingatkanlah diri bahawa masih ramai lagi orang lain yang lebih kesempitan, kekurangan, kesusahan, kenaifan dari diri kita. Ibarat kata, bukan lagi ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, malah sudah kais sampai ke malam pun , belum ada apa lagi yang boleh dimakan. Walhal dia telah benar-benar kelaparan sejak beberapa hari yang lalu.


Andai kita rasa kita agak kurang sihat, hingga terasa diri mahu dimanjakan, maka ingatlah bahawa di luar sana masih teramat ramai lagi jumlah mereka yang menanggung dan menderitai sakit-sakit kronik atau kecacatan kekal yang sungguh memilukan.
Dengan melihat, merenung nasib dan penderitaan yang ditanggung oleh orang lain, akan membuatkan diri kita insaf, sabar, redha dan bersyukur di atas segala pemberianNya. Kita tak akan jadi cerewet, kuat megungam dan banyak songel lagi sebaliknya kan banyak beristighfar, bertasbih memuji kebesaranNya.

Kisah Tumini

Nun, dari kejauhan Desa Nglanduk, Kecamatan Wungu, Kabupaten Madiun, Jatim di Indonesia, mendiamlah sepasang suami isteri yang dhoif. Suami bernama Marto, manakala isteri bernama Tumini.

Tumini telah diuji Allah dengan ujian yang amat berat. Menurut laporan akhbar, dia menghidap satu penyakit yang aneh apabila lubang sedalam 10 sentimeter terbentuk di bahagian tengah kepalanya.

“Kedua-dua mata isteri saya, hidung, dan bibir hilang manakala dagu serta keningnya sahaja yang masih ada. Selama bertahun-tahun, penyakit tersebut terus mengganas di bahagian wajah isteri saya. Dia tidak dapat melihat kerana tidak ada mata,” kata Marto.

Marto berkata lagi, penyakit itu dihidapi oleh isterinya hampir 30 tahun lalu dan mula dikesan ketika dia berumur 20-an. Semuanya bermula
dengan bintil berupa jerawat di hidung sebelum membesar dan gatal.

Mula dari saat itulah, isterinya tidak dapat bercakap lagi kerana dia tidak mempunyai bibir kerana lubang itu selebar 10 hingga 15 sentimeter.
Allahu Akbar! Bayangkan penderitaan yang dirasai oleh Tumini. Hidup tanpa muka, makna anda kehilangan mata, hidung dan mulut sekaligus.

”..Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor menyatakan penyakit itu ialah sejenis kanser tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membiayai rawatannya. Kini, ubat untuk isteri saya hanya ramuan yang dibuat sendiri daripada bahan utama tembakau untuk mengusir lalat yang kerap mengerumuni," terang Marto lagi.

Tumini bukan saja mendepani dugaan berat hidup tanpa muka bahkan menanggung kesakitan yang sukar digambarkan.

Seorang anaknya berkata, ibunya itu kerap mengurung diri dan kadang-kadang merungut kerana tidak dapat menahan sakit.

Kerana itu, marilah kita mengekalkan rasa syukur kepada Dia Yang Maha Sempurna sifat dan af’alNya.

1 comments:

Zaman Shah said...

Subhanaullah MAHA SUCI ALLAH!!!Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Hebat,Syukur kita di jadikan dengan wajah yang indah dan sempurna.Tuhan pengatur segala kejadian manusia.Ada yang cantik,ada yang hodoh,ada yang cacat sebenarnya mengambarkan maha hebat dan maha besarnya Tuhan kerana DIA boleh menjadikan kita dengan bermacam-macam bentuk dan kejadian,Bagaimanakah seandainya kita di tempat kak Tumini?Apakah perasaan kita?.

Kita yang Tuhan jadikan dengan sempurna janganlah cuba-cuba nak tukar kejadian kita,nak suntik Botoxlah biar gebu pipi kita dan macam-macam lagi kita nak ubah.Seolah-olah tidak bersyukur tentang hakikat Tuhan berikan nikmat anggota badan yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadi orang yang bersyukur.

Sekadar pandangan saya sahaja.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial