INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, June 5, 2009

BILA ILMU BERTUNJANGKAN KEIKHLASAN

Di antara kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada para ulama yang mukhlisin ialah orang ramai memandang hebat dan rasa gerun kepadanya. Keunggulan syakhsiahnya dapat di rasai oleh orang-orang yang pernah bertemu dengannya atau duduk dan singgah di dalam majlisnya.

Rasa gerun orang kepadanya itu bukan kerana wajahnya yang mengerun atau menakutkan, tetapi kerana Allah jualah yang mencetuskan rasa gerun di dalam hati orang ramai yang akhirnya disebabkan perkara itu terhindarlah orang dari melakukan kejahatan dan bersikap kepura-puraan.


Walhal, langsung tiada di dalam relung hatinya keinginan untuk dipandang sedemikian. Dia menuntut ilmu, mengamalkan ilmunya dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang diamanahkan Allah itu semata-mata kerana mencari Mardhatillah.

”Wahai Aba Salamah! Kenapa setiap kali aku melihat engkau, aku rasa gerun dan menggeletar,” tanya Muhammad bin Sulaiman kepada Imam Hammad bin Salamah Rahimahullah. Muhammad bin Sulaiman pula adalah Amir kota Basrah, Iraq pada ketika itu.

Masya Allah,, demikianlah wibawa dan syakhsiah ulama silam. Aura taqwa dan ikhlas yang bersinar di dalam jiwa mereka telah menyimbahkan cahaya ’Izzah ke wajah dan seluruh anggota.

Saipa Imam Hammad abu Salamah? Beliau ada seorang periwayat hadis yang tsiqah lagi terkenal.

Jawab Imam Hammad: ”Seorang yang alim itu apabila dia semata-mata mengharapkan redha Allah dengan ilmu yang dimilikinya, maka segala (setiap) sesuatu akan rasa takut (gerun) kepadanya.”

Ibnu Sulaiman mengangguk berkali-kali tanda faham.

”Namun, seorang alim itu, kalaulah dengan ilmu yang dimiliki itu berniat (bertujuan) untuk menumpukkan kekayaan, maka dia pula akan takut kepada segala sesuatu,” sambung Imam Hammad lagi.

Kali ini Ibnu Sulaiman terkesima.

Rujukan: Muntaqal Fawa-id oleh Abi Abdillah Faisal Abduh Qaid Al Hasyiri & Zammul Mal wal Jah oleh Ibn Rajab.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial