INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, June 19, 2009

DENYUT NADI ISLAM


Islam itu objek dan matlamat dakwah. Kepadanyalah kita disuruh menyeru dan memanggil sekelian umat agar bersegera menempatkan diri di bawah naungan rahmatnya dan di dalam pelukkan kasihsayangnya.

Perintah dakwah itu telah berjaya dilangsaikan oleh Nabi saw, disempurnakan para sahabat yang mulia, disambung para tabi’in yang berjasa.



Maka kini, suka ataupun tidak, perintah dan amanah dakwah itu sedang terpikul di pundak sekelian kita. Agar kesinambungan dakwah Nabi saw berterusan sebagaimana yang telah disarankan. Agar tiada lagi alasan manusia di hadapan Tuhan bahawa dirinya tidak pernah diseru kepada kebenaran.

Ya, manusia hendaklah diseru dan dipimpin kepada Islam. Seruan kepada Islam bermakna seruan menuju ke jalan Allah. Dakwah kepada Islam itu bererti dakwah ke arah mengembalikan manusia kepada fitrahnya yang suci.

Dakwah tidak boleh berhenti

Ajakkan kepada Islam tidak boleh berhenti atau cuba dihentikan. Urusan dakwah tidak boleh dibuat sesuka hati. Mana mungkin satu perintah penting dari Allah seumpama dakwah ini, kita lupakan dan hentikan sebegitu saja? Apalagi andai wujud arahan dan ugutan supaya memberhentikannya! Ingat, dakwah bukan ‘order’ kita sesama kita. Ia adalah ‘order’ dari Allah ke atas kita semua.

Firman Allah: “Katakanlah: “inilah jalanku. Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata.” (Surah Yusuf ayat 108).

Jalan yang dimaksudkan Allah di dalam ayat di atas ialah Islam. Islam yang beroleh redha dulu, kini dan selama-lamanya. Seruan kepada Islam bermakna seruan ke arah mendapatkan redhaNya.

Firman Allah: ”Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali ’Imran: 19).

Pemimpin Juru dakwah

Perutusan Rasulullah saw adalah perutusan dakwah ilaLLah. Sejak awal mula kerasulannya, baginda tidak pernah berehat dan berhenti dari kerja dakwah. Raulullah saw tidak pernah merungut atau membebel keletihan melaksanakan perintah dakwah ini, bahkan baginda sangat gembira, penuh keyakinan, bertenaga dan bersemangat waja melakukannya laksana pahlawan di medan juang.

Firman Allah: ”Wahai Nabi! Kami mengutuskan engkau sebagai saksi atas sekelian umat dan untuk memberikan khabar sukadan duka. Dan untuk menyeru manusia kepada agama Allah dengan izinNya, serta menjadi pelita yang menerangi.” (Surah Al Ahzab ayat 45-46).

Kegembiraan dan kepuasan Rasulullah saw di dalam lapangan dakwah ini ialah bilamana golongan sasarnya (umat) dapat disedarkan dari kesyirikan, kekufuran dan kederhakaan mereka dengan mengajak mereka semata-mata beriman dan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah swt.

Sesungguhnya, motivasi di dalam berdakwah itu ialah bilamana seorang insan dapat dibersihkan aqidahnya daripada kesyirikkan dan kekufuran, dikembalikan semula fitrah murninya agar sentiasa cintakan kebenaran, lalu akhirnya menjadi hamba Allah dalam ertikata yang sebenar-benarnya.


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial