PASIR PUTEH, 22 Jun – Menyedari betapa remaja adalah pewaris, peneraju dan pemimpin agama, bangsa dan negara pada masa akan datang, maka jiwa dan diri mereka perlu dipersiapkan dengan keimanan, ketaqwaan, ilmu dan akhlak mulia. Mereka hanya mampu menghadapi dan menepis godaan nafsu dan syaitan, fitnah duniawi, ajakan kepada kejahatan dan kerosakkan bilamana mereka punyai jatidiri yang kukuh.
Jatidiri menurut Islam ialah bilamana remaja dan belia Islam memliki iman dan aqidah yang kukuh yang terpasak di dalam jiwa sebagaimana akar tunjang sebatang pokok yang menjunam jauh ke dalam bumi.
Tanpa aqidah dan kerohanian yang mantap, bukan sahaja ribut taufan, kena tiup dengan angin sepoi-sepoi bahasa pun dah tumbang ke bumi.
Di bawah program rakan Muda (Rakan Masjid) Jabatan Belia dan Sukan diberikan peruntukan sebanyak RM1.2 juta untuk melaksanakan projek mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadan yang dijangka pada Ogos ini di bawah program Rakan Muda.
”Antara 20,000 hingga 30,000 belia di seluruh negara akan menyertai program itu yang akan diadakan di masjid-masjid yang terpilih di seluruh negara. Ia akan membabitkan majlis berbuka puasa, solat tarawih dan tadarus Al-Quran manakala pada 25 Ramadan akan diadakan majlis khatam Al-Quran peringkat negeri. Lima masjid di setiap daerah akan dipilih mengadakan program berkenaan dengan kerjasama anggota jawatankuasa masjid dan jabatan agama yang berkaitan. Peruntukan tahun ini juga bertambah berbanding yang diperuntukkan pada tahun lepas untuk memberi peluang kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), ” Timbalan Ketua Pengarah jabatan itu Wasitah Mohd Yusuf.
BERNAMA@sahabatamal
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment