INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, June 1, 2009

GOTONG ROYONG MENJIMATKAN PERBELANJAAN


KODIANG: Kalau kita nak berjimat tu, ada macam-macam cara. Sama juga kalau nak memboros dan membazir, pun ada bermacam-macam cara juga.

Berjimat atau bersederhana dalam berbelanja itu adalah asas agama yang mulia. Ia hendaklah dihayati tak kira sebagai seorang individu, sebuah keluarga, sebuah syarikat apalagi sebuah negeri atau negara.

Salah satu cara nak berjimat dan nak berhemah dalam berbelanja ialah dengan cara ‘bergotong royong’. Ya, gotong royong itulah At Ta’awun seperti yang diperintah Allah dan rasul. Konsep at Ta’awun pasti akan gagal dihayati andai anggota sesebuah masyarakat tetap bersifat individualistik dan materialistik.


Firman Allah: 'Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan permusuhan. ' (Al Maidah (5).- 2)

"Saya mahu semangat gotong-royong di kalangan masyarakat diaktifkan untuk mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan selain membentuk masyarakat bersatu padu,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Menurut Datuk Seri, pesanan beliau ini bukan omong-omong kosong bahkan ia pandangan yang berdasarkan pengalaman. Pengalaman beliau memerintah negeri Kedah Darul Aman lebih setahun menunjukan banyak perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

"Ini pengalaman saya sendiri selama mentadbir negeri ini dan sebab itu saya putuskan jika sebarang projek membabitkan keperluan dan kebajikan rakyat berskala kecil perlu dilaksanakan secara gotong royong,” kata beliau lagi. Cara cakap Cikgu Azizan ni menunjukan ia membesar dan terdidik dengan semangat serta muafakat gotong royong zaman ibuayahnya dulu-dulu.

Saya pun masih teringat pengalaman masa kecil-kecil dulu. Dalam satahun tu kita boleh nampak beberapa buah rumah dipindah (dihijrahkan) ke tempat yang lain melalui amalan bergotong royong ini. Punyalah meriah. ”Satuuu, Duaaa, Tigaaa, Angkattt!!!” jeritan penuh semangat kepala projek perpindahan rumah .

"Misalnya jika ada kawasan minta surau dibesarkan, ia boleh dilaksanakan melalui kaedah gotong- royong yang menjimatkan belanja. Melalui konsep ini kita minta mereka yang berkemahiran menggunakan kepakaran dengan dibantu masyarakat setempat menjalankan kerja diperlukan," tambah Datuk Seri lagi pada majlis pelancaran program kesedaran komuniti perdana di sini.

Yang menariknya, kerajaan negeri akan memberikan peruntukan, termasuk upah yang selain menjimatkan, ia mampu menghidupkan kembali semangat kerjasama dalam masyarakat.

Semestinya, dengan cara bergotong royong, masyarakat dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat kerana sambil bekerja mereka tidak langsung boleh berbincang dan menyelesaikan banyak masalah bersama.

Bharian online@sahabatamal.


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial