INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, June 3, 2009

BERTEMU MALAKUL MAUT DI UDARA


RIO DE JANEIRO: “Serpihan itu adalah daripada pesawat Air France," kata Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim.

“..tiada sangsi lagi bahawa jalur serpihan sepanjang lima kilometer di lautan itu adalah daripada Airbus A330 itu yang hilang dalam cuaca ribut awal Isnin lalu,” saambung beliau lagi.


Apa yang telah diketemui?

Pesawat tentera Brazil menemui serpihan bangkai pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik dengan 228 penumpang dan anak kapal, iaitu nahas terburuk dalam sejarah 75 tahun syarikat penerbangan itu.

Kerusi kapal terbang, boya jingga, pendawaian, serpihan logam dan kesan minyak dikesan juruterbang tentera udara Brazil kira-kira 1,2000 kilometer ke timur laut bandar pesisiran Recife.

Sehingga kini tiada mayat dikesan dan kerja menarik keluar serpihan itu hanya akan bermula selepas kapal tentera laut dengan penyelam tiba lewat hari ini.

Apa kata pakar?
Pakar amat pasti semua di dalam pesawat itu terbunuh.
Adalah amat sukar untuk menemui kotak hitam pesawat berkenaan kerana ia mungkin berada di dasar lautan pada kedalaman 2,000 hingga 3,000 meter.

Apa kata Allah?
Mati adalah satu kepastian كُلُّ نَفْسٍ ذائِقَةُ الْمَوْتِ “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185)

Reuters/BHARIAN oNLINE@sahabatamal



0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial