INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, June 10, 2009

DOAKAN DIA AGAR BANYAK HARTA DAN ANAK PINAK..


Ibu mana yang tak mahu melihat anaknya hidup senang, berharta dan mempunyai anak pinak yang ramai. Perasaan mahu melihat anak bahagia, berjaya dan sejahtera ini adalah rasa fitrah semulajadi (anugerah Allah) yang ada di dalam jiwa setiap ibu juga ayah di dunia ini sekalipun mereka orang yang fakir miskin dan hidup melarat.

Demikian juga syariat Islam tidak pernah melarang bahkan memerintahkan pula umatnya agar berdoa dan berusaha keras mencari harta yang halal untuk diwariskan kepada anak cucu mereka di masa yang akan datang. Dengan pencarian dan perwarisan harta yang penuh barakah ini, maka hiduplah zuriat mereka dalam keadaan sejahtera, terjamin serta tidak pula membebankan orang lain.

Seorang ibu dan ayah boleh berdoa kepada Allah swt agar rezeki anak-anak dimurahkan, dikurniakan harta yang banyak lagi halal agar anak-anak dapat merealisasikan sejumlah tuntutan dan kefardhuan agama dengan cara yang paling sempurna.

Ibubapa juga boleh bertemu para ulama dan solihin yang dikenali mustajab doa mereka supaya mendoakan anak-anak mereka di atas maksud yang sama atau doa-doa yang lebih utama yakni agar beroleh kesejahtraan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat.

Permintaan Ummu Sulaim rdha

“Ya Rasulallah, tolong doakan kepada Allah agar khadam (pembantu)mu ini agar banyak hartanya dan ramai pula zuriat keturunannya,” pinta Ummu Sulaim kepada Rasulullah saw.

Ummu Sulaim rdha adalah ibu kepada sahabat dan khadam Nabi saw yang terkenal iaitu Anas bin Malik r.a.

Rasulullah saw berbesar hati memenuhi permintaan Ummu Sulaim itu lalu baginda pun berdoa untuk Anas: “Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anak-anaknya dan berkatilah apa yang telah Engkau berikan kepadanya.” Betuah sungguh dirimu wahai Anas r.a. Laluanmu sungguh gemilang sekalipun bergelar khadam. Ya..., Khadimur Rasul saw.

Apa kata Anas bin Malik ra.?

Kata Anas bin Malik r.a. :”...Demi Allah (dengan berkat doa Nabi saw itu) hartaku menjadi banyak sekali dan anak cucu ku juga sekarang telah mencapai sekitar 100 orang !!


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial