Tidak syak lagi bahawa setiap manusia yang berjalan, melata dan menghuni bumi Tuhan ini masing-masing ada keyakinan dan kepercayaan. Persoalannya adalah samada kepercayaan itu betul atau salah. Lurus atau bengkok. Benar atau palsu.
Kekuatan ‘percaya’ atau ‘yakin’ itu pula amat hebat sekali. Jesteru, seorang muslim menjadi sangat hebat di dalam kehidupan nan sementara ini lantaran peneriman dan pengabdian dirinya kepada Rabbnya seratus peratus atas dasar ’kepercayaan’ dan ’keyakinan’ yang tulus dan murni itu. Bagi para mukminin, ’iman’ itulah kepercayaan dan keyakinannya yang menjadi harta paling mahal dan paling berharga di dalam hidupnya dan selepas matinya. Demikian juga, mulianya para mukminin kerana kepercayaan dan keyakinan (keimanan) mereka berada di atas kebenaran dan keredhaan.
Natijah dari sebuah kepercayaan
Kekuatan ’percaya’ atau ’yakin’ ternyata membuahkan susulan dan natijah yang hebat. Pada ’kepercayaan’ adanya kekuatan dan ltizam. Adanya perjuangan dan pengorbanan. Adanya ketaatan dan kepatuhan. Ada nya semangat, dorongan dan daya tahan.
Perhatikan, seorang yang ’percaya’ dirinya tidak bersalah akan berjuang habis-habisan untuk membersihkan namanya walaupun habis usianya untuk kerja itu. Seorang yang ’percaya’ adanya mutiara di dasar lautan yang bernilai jutaan ringgit, akan menyabung nyawa dan melakukan segalanya untuk mendapatkan mutiara tersebut agar dapat hidup senang lenang. Seorang ayah yang percaya dan yakin dengan kejayaan anak-anaknya pula akan berazam berkerja keras, mengikat perut dan berhempas pulas mencari rezeki buat kejayaan anak-anak yang dikasihi.
Hatta seorang perompak pun pergi merompak atas dasar keyakinan dan kepercayaanya yang dia akan berjaya dalam rompakannya. Kalau dia tak yakin dia takkan pergi. Demikian juga golongan yang ingkar serupa kominis dan athies sekali pun turut berjuang bernati-matian mempertahankan idealogi mereka. Kalau mereka tak yakin dengan cara mereka, mereka tak akan sanggup mati demi mencapai cita-cita mereka.
Lihat, mereka juga berjuang dengan keyakianan. Cuma, kesilapan paling besar mereka adalah kerana berpegang dan memiliki ’kepercayaan’ dan keyakinan yang sesat, bodoh, salah dan palsu. Maka segala usaha, perjuangan maupun pegorbanan yang ditaburkan ke arah itu menjadi sia-sia belaka. Tiada nilai dan tiada makna. Macam fatamorgana.
Lihatlah apa yang terhasil dari sebuah ’kepercayaan’ dan ’keyakinan’.
Andai kita benar percaya, yakin, beriman dan berpegang bahawa Allah swt itulah Rabb yang Esa, Pemilik dan Pencipta sekelian alam ini, Pencipta kita dan sekelian makhluk yang fana, Yang layak dan berhak disembah lagi Tiada sekutu bagiNya, maka berjuang dan berkorbanlah untuk dan kerana nya. Berhabis-habisanlah memburu cinta dan mencari redhaNya. Berhempas pulaslah bagi mendapatkan kemaafan dan keampunannya sebagaimana yang telah diteladani dan ditelusuri oleh Nabi Muhammad saw, para sahabat yang mulia dan sekelian para tabi’in juga mereka yang berada di atas jalan kerasulan tersebut sehinggalah tibanya hari kiamat.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment