INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, July 2, 2009

13 JAM BERPAUT PADA SERPIHAN


MORONI: Pepatah mengatakan: “Berpantang maut sebelum ajal.” Setiap kita ada ajalnya yang telah ditentukan tuhannya. Bila ajal dah sampai, suka atau pun tidak,berangkat pulanglah kita ke sisiNya. Selagi ajal seseorang itu belum tiba, maka dia dikira masih di alam dunia yang serba fana ini walaupun menghadapi koma untuk satu tempoh tertentu.

Sehingga hari ini, 2 Julai 2009, daripada sejumlah 152 penumpang, Allah swt telah mentakdirkan bahawa adik Bahia Bakari, 14, seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa tunggal yang selamat dalam nahas pesawat Yaman yang terhempas di Lautan Hindi berhampiran Comoros.


Bayangkan, penyelamat hanya menjumpainya kelmarin selepas 13 jam berpaut kepada serpihan.

Di hospital Comoros, Bahia telah dikunjungi pegawai kerajaan negara kepulauan itu. Beliau telah sedar dari pengsannya, tetapi luka pada muka dan patah tulang selangkanya.

"Ia adalah satu keajaiban. Dia seorang wanita muda yang berani. Dia terpaksa berpaut kepada serpihan pesawat daripada jam 1:30 pagi hingga 3 petang. Dia kehilangan ibu dalam nahas itu dan bapanya akan tiba dari Paris esok " kata Menteri Kerjasama Antarabangsa Perancis, Alain Joyandet yang melawat hospital itu.

Satu jam berada di dalam air biasa pun kita sudah tak tahan, inikan pula 13 jam dalam air laut yang sejuk pula ditambah dengan pukulan angin dan hentaman ombak besar. Namun kes bagi adik Bahia ni, apa lagi yang kita boleh katakan melainkan ia adalah satu keajiaban dan petanda kekuasaan dan kemahuan Allah swt.

”Bahia dalam keadaan lemah dan tidak bertenaga untuk berenang. Namun dia berupaya berpaut kepada serpihan pesawat itu, ” kata bapa remaja itu, Kassim Bakari memberitahu radio Perancis.

"Saya bertanya apa yang berlaku dan dia berkata: Kami melihat pesawat jatuh ke dalam air. Saya dapati diri saya terapung. Saya terdengar suara orang, tetapi tidak nampak sesiapa. Saya berada dalam kegelapan. Saya tidak nampak apa-apa pun. Saya tidak boleh berenang dengan baik. Saya berpaut pada sesuatu, tetapi tidak tahu apa yang saya pegang" cereita Bahia.

Fakta:
1. Pesawat Airbus 310 Yemenia itu terhempas di Lautan Hindi pada awal Selasa lalu ketika cuba mendarat dalam gelap serta keadaan angin bergelora. Pesawat itu dalam penerbangan dari Paris dan Marseille ke Comoros melalui Yaman.

2. Sebahagian besar penumpang adalah dari Comoros, sebuah bekas kawasan yang pernah dijajah Perancis. Kira-kira 60 rakyat Perancis berada dalam penerbangan itu.

3. Walaupun senarai penuh belum dikeluarkan, pegawai Yaman berkata antara lain, penumpang dalam pesawat berkenaan adalah dari Kanada, Comoros, Ethiopia, Indonesia, Maghribi, wilayah Palestin, Filipina dan Yaman.

2 comments:

Zaman Shah said...

Semuanya kerja Tuhan,Maha hebatnya Tuhan..Bila Tuhan Menghendaki sesuatu terjadi hanya katakn "KUN..Fayakun jadi maka jadilah.."Seperti kemalangan nahas yang terjadi itu semuanya dalam perencanaan Tuhan.

Sebagai hamba kita seharusnya menjadi insan yang selalu mensyukuri atas nikmat yang banyaknya kepada kita,nyawa kita,harta kita,masa kita..bila-bila masa boleh ditarik balik.

Semoga kita tidak menjadi hamba yang alpa,sekadar pandangan dari saya.

SAHABAT AMAL said...

terimakasih di atas komen2 zaman syah yang bernas. Terimakasih di atas nasihat.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial