INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, July 12, 2009

ASET BERHARGA BUAT AGAMA DAN NEGARA

KUALA TERENGGANU 12 Julai — Saya amat kagum dan teruja bilamana berdepan atau terbaca berita mengenai anak-anak dan adik-adik yang telah menghafaz atau sedang menghafaz al quran. Betapa mereka melakukan amalan yang mulia lagi dikasihi Allah swt. Betapa mereka memilih satu tugasan mulia dengan satu azam dan harapan agar menjadi insan terpilih di sisi Allah Ar Rahman.

Dalam pada pihak emperialis dan sekularis berhempas pulas mahu mengisi dan membius minda dan jiwa anak bangsa dan remaja ummah dengan sesuatu yang meleka dan mengkhayalkan, nun ada sejumlah anak bangsa dan remaja ummah sekalipun dalam peratus yang kecil sedang dipersiapkan oleh para murabbi mereka dengan segala persediaan, kelengkapan dan perkakasan dakwah bagi memelihara dan mempertahankan ‘Izzah Islam di alaf yang semakin mencabar ini.


Sebahagian mereka yang saya kagumi ini ialah anak-anak dan adi-adik tercinta yang sedang mencari redha Allah swt di Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu sana.

Khabarnya, empat buah sekolah Menengah Imtiaz ini sedang dan telah berjaya melahirkan sebanyak 1,286 pelajar yang berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini.

“Daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” kata Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail.

Merekalah aset yang sangat berharga dan bernilai buat agama dan negara. Pada merekalah jatuhnya pandangan rahmat dan kasih sayang Allah. Mereka haruslah diasuh, dipimpin dan dididik agar menjadi muslim dan muslimah yang unggul dan cemerlang yang mampu membawa kegemilangan buat ummah pada masa yang akan datang.

1 comments:

Zaman Shah said...

Alhamdulillah Ustaz Malaysia bakal banyak melahirkan para hafiz dan hafizah dengan banyaknya madrasah-madrasah serta mahad tahfiz yang banyak tumbuh merucup(sama ada yang di wujudkan oleh pihak kerajaan ataupun persendirian) menandakan malaysia berpontesi sebagai pengeluar(kalau boleh saya katakan pengeluar)aset yang sangat berharga,mereka adalah para harapan agama,bangsa dan negara,dengan adanya mereka bertambah barokah lah Tanahair kita.

Anak-anak atau para remaja dalam usia muda sudah mampu menghafal Quran adalah satu pendidikan yang sangat baik dan hebat.Merekalah bakal para daie yang betanggungjawab pada agamanya.

Saya yakin musuh-musuh Islam sedang membuat perancangan jahat dan melaksanakan agenda mereka saban hari tidak kira siang atau pun malam untuk menghancurkan generasi muda khususnya yang beragama Islam kerana mereka sangat takut dengan kebangkitan Islam pada waktu kini.

Mudah-mudahan sama-samalah kita mempertahankan institusi ini(madrasah,sekolah agama,mahad atau apa saja yang mmelahirka para hafiz @hafizah) daripada ganguan musuh-musuh Islam.

Sekadar Pandangan Saya.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial