INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, July 22, 2009

50 TAHUN MENDAMBA REDHANYA


1. Kerana iman yang mantap dan cinta kepada Allah yang amat medalam, maka genarasi solafus soleh dilihat sangat menghayati segala ibadah yang mereka lakukan. Bila dibandingkan antara teladan mereka dan persembahan kita, terasa diri kita amat jauh dari penghayatan Islam yang sebenarnya. Kita masih banyak berbicara, namun kurang dalam pengamalan dan penghayatannya. Merenung solat sendiri, terasa yang diri baru bersolat namun belum benar-benar 'mendiri'kan solat.

2. Mengupas kisah Israk dan Mikraj Nabi saw, mengajak kita agar berulang kali bermuhasabah, merenung dan menganalisa kewajipan solat yang terpikul di atas pundak sekelian kita. Kenapa begitu sekali? Kerana solatlah tiang seri agama kita. Tanpanya robohlah Islam kita. Kerana solatlah amalan pertanya yang akan ditanya saat berhimpun di Mahsyar sana.Kerana, bilamana solat elok, maka eloklah hubungan dengan Allah. Bilamana hubungan dengan Alllah elok, maka eloklah nanti hubungan dengan sesama manusia.


3. Biarpun telah mendirikan solat, namun belum mencapai tahap konsisten dan istiqamah. Masih ada tarik menarik. Ada masa rajin berjamaah dan ada masa rasa malas sangat lalu terus solat seorang diri. Ada masa rajin dan bersemangat, hadir solat di awal waktu dan ada masa atau banyak masa solat hanya di hujung-hujung waktu.

4. Bukannya tak tahu nilai pahala solat berjamaah itu dan betapa besarnya pahala solat di awal waktu. Namun kerana kelemahan iman, maka dorongan beramal juga menjadi lemah dan merudum. Keduanya, kerana nikmat duniawi yang melekakan jiwa kita. Kita benar-benar alpa walhal masa yang ada sudah tinggal sedikit cuma.

5. Sa'id bin Musayyib rahimahullah juga insan biasa seperti kita. Namun dialah tokoh tabi'in yang terkenal. Dia juga telah dikurniakan masa 24 jam sepertimana dikurniakan kepada kita, namun dia telah berjaya menyempurnakan janjinya dan melakarkan kesungguhannya. "Selama 50 tahun, aku tidak pernah terlepas bertakbiratul Ihram bersama imam," ujarnya dalam nada tahadduth Bi Ni'matillah. Beliau bersyukur kepada Allah atas kesempatan dan persembahan itu. Allah menjadi saksi kehadiran dan keberadaannya di dalam kelazatan munajat itu.

6. Demikian juga dengan pencapaian Abu Suma'ah rahimahullah. "Aku tidak lepas bertakbiratul Ihram bersama imam selama 40 tahun kecuali pada hari kematian ibuku."

7. Dalam sedar dan insaf, berupayakah kita menjana teladan seperti yang dilakukannya itu dalam separuh masa yang diambil beliau? Ya, separuh dari pencapaian beliau. 25 tahun. Allahh..,Ya Rabb, daku tidak pasti berapa masa lagi yang masih berbaki? Aku malu pada Mu ya rabb terhadap masa silamku yang caca marba. Namun, dengan rahmat dan pertolongan Mu, daku akan cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik demi redhamu Ya Allah. Pimpinlah daku Ya Allah..Allahul Musta'an.

3 comments:

hidup ujian said...

kita semua nak syurga..tapi ramai yang masih leka mengumpul nikmat dunia,walaupun nikmat yang ada sudah mencukupkan untuk kehidupan kita.

kadang2 kita hanya lakukan ibadat "cukup2 makan" untuk kita masuk ke dalam syurga,tapi kita lupa kalau ada cacat celanya dan kita ini bukan insan yang sempurna.

abuyon said...

Salam ustaz. Membaca artikel ini, terasa lemah segala sendi anggota. ya Tuhan, lemahnya kita sangat ketara.

zaman shah said...

Sama-sama kita muhasabah diri..

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial