INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, July 15, 2009

OTAI NASYID BERGANDING DALAM 'KONSERT ANTARA DUNIA'.



Nantikan Konsert Antara Dunia 2009 (KAD '09) yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 Ogos ini! Konsert yang menampilkan gandingan tiga kumpulan nasyid popular iaitu Rabbani, Raihan dan Hijjaz.

1. Konsert Islami ini dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.

2. Turut diundang menyampaikan persembahan ialah kumpulan nasyid dari:
a Kumpulan Shoutul Harokah dari negara seberang.
b. Kumpulan Nibras dari Azaziah, Mekah turut akan memeriahkan KAD '09. Nibras akan menjadi tetamu khas pada malam itu.


”Nibras bukanlah satu kumpulan yang calang-calang kerana mereka begitu popular di negara Arab. Sebenarnya, Nibras pernah mengadakan persembahan pada majlis ulang tahun Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di sana (Mekah) yang dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia di Jeddah.

Pada masa yang sama kami turut diundang untuk meraikan majlis. Memandangkan mereka mengundang saya dan Asri Ibrahim ke sebuah majlis anjuran Nibras, ketika kami mengerjakan umrah, kami membalas budi dengan menjemput mereka pula ke sini bagi melihat industri muzik nasyid tempatan pula," kata azadan, jurucakap Rabbani.

3. Penampilan Ustaz dinie Juri (pelakon)
Tidak hanya fokus kepada persembahan nyanyian, bahkan konsert tersebut turut menampilkan pelakon, Dinie Juri, bagi menyampaikan sajak Sakaratul Maut dan penceramah agama dan motivasi, Sobri Abd. Rani selaku pentazkirah pada malam itu.

4. Bantuan ke Tabung Pembangunan Insan
"Kami sasarkan 10,000 peminat nasyid yang akan berhimpun pada malam itu. Selain konsert hiburan yang mendidik masyarakat, sebahagian keuntungan jualan tiket akan disalurkan kepada Tabung Pembangunan Insan Gamis dan Tabung Pembangunan Acheh bagi membantu mangsa tsunami,” kata Azadan lagi.

5. Pihak Rabbani menjelaskan bahawa ‘konsep persembahan’ yang akan garap pada malam itu ialah penceritaan mengenai perjalanan hidup manusia bermula dari alam roh, alam rahim, alam dunia dan alam barzakh sebelum berangkat ke alam akhirat. Penterjemahan lima alam itu akan dilakukan dalam persembahan yang menarik.

6. Konsert itu mendapat tajaan syarikat Permata Hijrah Enterprise Sdn. Bhd. iaitu pengeluar produk kesihatan untuk mata berasaskan ekstrak mutiara dan air zam zam.
7. Bagaimana nak dapatkan tiket?

Kepada sesiapa yang berminat, tiket menyaksikan konsert ini berharga RM100 (keluarga 2 VIP/dewasa dan empat kanak-kanak), VIP (RM50), Dewasa (RM10) dan kanak-kanak (RM5). Tiket boleh dibeli secara online melalui laman web www.rabbani.com.my dan www.gamisconcert.blogspot.com. Turut diadakan jualan gerai dan untuk tempahan (gerai) hubungi 013-379 6023 atau 03-6272 1225.


1 comments:

Zaman Shah said...

IsyAllah jika di izinkan ,panjang umur saya akan menyaksikan konsert tersebut,Hiburan mendidik jiwa agar tenang dan membesarkan nikmat Tuhannya.Marilah kita berhibur selagi mana hiburan itu tidak melalaikan kita dari Tuhannya.Hiburan Islam HIburan sepanjang hayat..

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial