SERI ISKANDAR, PERAK DARUL RIDHWAN
1. Urusan dakwah (menyeru kepada Allah) di dalam Islam adalah umpama roh bagi jasad. Tanpa digerakkan dakwah, denyut nadi Islam akan terhenti. Maka di setiap tempat dan masa, harus ada segolongan pendakwah yang bergerak secara berpasukan bagi memastikan kelangsungan dan kesinambungan Dinul Islam.
2. Kerja dakwah atau Usaha dakwah adalah usaha yang besar dan menjadi keutamaan di dalam Islam. Bagi menjayakannya, maka para pendakwah perlu merangka strategi dan mengatur perancangan teliti.
3. ”Perancangan dan strategi itu amat perlu lebih-lebih lagi bilamana dakwah itu disasarkan kepada terhadap masyarakat bukan Islam dalam negara. Tanpa keduanya, kita akan menghadapi pelbagai masalah,” kata penulis terkenal dan pendakwah bebas saudara Ann Wang Seng.
4. Dakwah yang berkesan memerlukan gerak kerja yang tersusun. Bukannya ditangani secara tangkap muat sahaja.
5. ”Kaedah tangkap muat yang sering digunakan tidak lagi sesuai dalam program-program dakwah, kerana menurutnya dalam islam, kaedah penyampaian dakwah boleh dibuat secara lisan, tulisan atau pun perbuatan, termasuk kerja-kerja kebajikan, ” ulas beliau lagi yang juga merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya.
6. "Ia perlu dilakukan secara bertahap iaitu melibatkan perancangan jangka pendek, jangka panjang, penyelidikan, pengumpulan data, teori dan praktik serta penilaian terhadap usaha-usaha yang dilakukan," katanya semasa membentangkan kertas kerja Dakwah Efektif Kepada Masyarakat Cina pada Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini pada hari Jumaat, 17 Julai lalu.
7. Saudara Ann telah menggariskan 3 proses dakwah yang efektif:
a. Usaha dan seruan untuk melakukan kebaikan di dunia dan akhirat.
b. Panggilan atau anjakan untuk menerima Islam sebagai agama serta cara hidup yang disyariat oleh Allah kepada manusia.
c. Dakwah perlu dijadikan sebagai satu perjuangan untuk mendaulatkan agama Islam.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment