INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, July 7, 2009

PENAKUT + SOMBONG


BAITULMAQDIS: Israel yang diterajui regim Zionis sememangnya amat bencikan masyarakat (bangsa) Arab. Manakala kebencian mereka terhadap Islam dan umatnya pula ternyata lebih meluap-luap lagi. Kerana itu mereka sejak turun turun temurun, mencurigai, membenci malah menentang apa sahaja perkembangan, kepentingan dan kemajuan yang melibatkan Islam, umat Islam dan masyarakat Arab.

Terbaru dilaporkan bahawa Israel mula bimbang dan rimas dengan peningkatan drastik jumlah penduduk berketurunan Arab di negara haram mereka. Apakah peningkatan jumlah masyarakat Arab di Israel ini sebagai tanda tambahan yang hari ‘kemusnahan’ makhluk perosak ini semakin hampir? Allahu A’alam.

“..Peningkatan penduduk Arab di banyak wilayah Israel perlu dihalang. Usaha menghentikan fenomena itu adalah satu tanggungjawab setiap Yahudi. Saya melihatnya sebagai tugas negara untuk menghalang pertambahan penduduk Arab kerana mereka tidak cintakan Israel,” tegas Menteri Perumahan Israel, Ariel Atias.

Penduduk Arab dari Wadi Ara sudah pun memasuki ke kawasan Harish. Jika kita meneruskan keadaan seperti sekarang, kita akan kehilangan Galilee pula,” kata menteri itu lagi yang merujuk kepada Harish, projek perumahan yang dibina untuk komuniti Haredi di utara Israel.

sahabatamal: Hishh, sudahlah merampas tanah orang, senang-senang dan sukahati dia sahaja nak halang orang buat rumah pula.


1 comments:

nazimsaid...

israel ni mmg dari zman nabi Musa Alaihissalam tiada negara?patut lah di sebut negara haram israel..sebut psl israel..teringat saya ttg pemboikotan brgan israel thn lps..dah sejuk baliklah ustaz..mmg ada yang boikot senyap2 tp ada yg dah kembali gnakan brgn yang diboikot alasan org2 islam tak kuarkan produk seperti sedia ada.boleh terima ke?

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial