KUANTAN: Kasih ibu tiada taranya. Redhanya membawa ke syurga. Murkanya passport ke neraka. Pengorbanan mereka terus dihambur hingga ke akhir usia. Penat lelah mereka membesarkan kita tak tergambarkan. Ibu mithali, engkaulah lantera keluarga bahagia.
Demi kasihkan anaknya yang bernama Mohamed Ismail Awang, 54 tahun, yang ditimpa penyakit misteri, dia sanggup menggadai tanah pusaka untuk mengubat penyakit anaknya itu. Lebih dari itu dia sanggup melupakan kesakitan yang ditanggung sendiri sejak sekian lama.
Siapakah gerangannya ibu teladan ini?
Dialah makcik Halijah Enjong, 73, (Ibu warga emas pengidap sakit jantung).
Siapa Mohamed Ismail?
Bekas buruh pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Mingidap penyakit misteri sejak 14 tahun yang lalu. Bayaran pencennya sejumlah RM400 sebulan tidak cukup untuk membiayai perubatannya. Telah disahkan menghidap luka dalam perut atau Phychosomatic Abdominal Pain oleh pakar perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 3 Mac 1998 dan mengalami gangguan jiwa (Somatisation Disorder) serta terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan sepenuhnya.
"Sebenarnya saya malu untuk meminta bantuan orang ramai tetapi saya sudah tiada tempat lain untuk mengadu," kata Mohamed Ismail ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherok Paloh. Ya, perkataan yang sama akan kita ungkapkan andai kita berada di tempat beliau.
Latar belakang keluarga
Isteri Mohamed, Fatimah Samad, 51, yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah sekolah menengah di Kuantan disahkan menghidap kencing manis sejak lapan tahun lalu. Anak sulungnya, Norafizah, 23, yang menghadapi masalah pertuturan dan cacat di kaki kanan kini terpaksa mengambil alih tugas mengurus rumah tangga.
"Selama 14 tahun saya menanggung penderitaan dan sudah berpuluh kali mendapatkan rawatan di hospital tetapi penyakit ini tidak juga sembuh. Kami di komuniti sahabatamal medoakan kesembuhan ke atas anda dan sekelian ahli keluarga anda. Amin.
Allahu Akbar, hebat sekali ujian Allah ke atas keluarga ini. Sudah tentu Allah sayangkan mereka.
Beliau mohon jasa baik orang ramai dan pihak swasta yang sudi membantu mengurangkan beban kewangan dialami untuk mengubatinya. Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohamed Ismail melalui talian 09-5511364 atau 019-9005350.
Dengan hebahan makluman ini, moga ada para dermawan di seluruh pelusuk negara yang berbelas kasihan dan tampil menghulurkan bantuan.
Sahabatamal: dikesempatan ini saya juga ingin memaklumkan bahawa sdr Elyas (20an – pengidap autism), anak kedua abg angkat saya iaitu Encik Bistamam Siru (juga seorang followers blog ini) telah sesak nafas dan koma sejak pagi semalam. Beliau sekarang di unit ICU, Hospital pakar Damansara. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik dan semoga abg Bistamam dan kak Kay dapat bersabar dab tabahkah hati. Amin.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment