1. Tanpa menafikan ikatan kekeluargaan, darah, keturunan, qabilah dan kebangsaan, Islam mengajak manusia kepada satu ikatan yang lebih mulia, lebih tinggi, lebih agung dari semua ikatan-ikatan itu yakni ikatan aqidah yang suci.
2. Ikatan inilah yang amat diredhai Allah dan Rasulullah saw. Ikatan iman dan ukhuwah yang disanjung mulia. Ikatan yang menjadikan sekelian mukminin dan mukminat satu keluarga besar yang bersaudara di atas nama Islam tak kira di pelosok bumi mana mereka berada.
3. Sepanjang sejarah manusia, pertalian dan ikatan selain ikatan Aqidah telah berhadapan dengan perselisahan, Ta’assub jahiliyah yang melampau, kehancuran, kemusnahan harta benda, binatang dan ternakan. Melalui hasil satera silam, amat jelas dipaparkan betapa banyak perperangan yang meletus hingga memakan korban yang banyak bukan kerna hendak memperjuang atau mempertahankan kebenaran sebaliknya hanya kerana hendak mempertahankan keluarga, qabilah dan ta’assub masing-masing walaupun ternyata mereka di pihak yang salah lagi batil.
4. Terkadang kerana sebab dan punca yang kecil mereka sanggup berperang dan berbunuh-bunuhan. Mati kataklah jawabnya. Bagi mereka, tujuan perang tak penting. Yang penting perang itu sendiri. Syair Arab berbunyi: ”NAHNU QAUMUN LA NAS-ALU MAN DA’A-NA x LI AYYATI HARBIN AU LI AYYI NIZA-LIN” yang bermaksud : ”Kami kaum yang tidak akan bertanya sesiapa pun yang mengajak kami..Untuk perperangan apa pun kami akan pergi.”
5. Buruknya perperangan yang terhasil dari ta’asub keluarga, qabilah dan bangsa itu. Seringkali perperangan berlaku hanya kerana merebut sumber air, kambing atau unta kaum ini memakan rumput dan sayuran kaum itu atau kerana mereka berebut kawasan. Perperangan dunia moden pula tercetus kerana kepentingan ekonomi, pengaruh, penghapsan etnik atau perlumbaan persenjataan hingga untuk mencapai semua maksud itu pejuang-pejuang islam yang tulen lagi mukhlisin turut menerima impak dilabelkan dengan gelaran pengganas dan sebagainya.
6. Islam tidak senang hati dan tidak redha dengan semua ini. Islam datang bagi membasmi semangat cauvinisme dan ta’assub perkauman yang hanyir. Islam hadir membawa kasih sayang, keadilan sejagat yang murni sejati. Firman Allah swt: ”Janganlah kerana kamu membencikan sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil. Berlaku adilllah kerana ia lebih dekat kepada taqwa.” (Al Maidah: 8)
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment