INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, July 30, 2009

SEKITAR RAKAMAN ALBUM TERBARU 'JANGAN BERSEDIH'


Setelah album Zikir Munajat saya terbitan Inteam records beredar di pasaran pada tahun lalu 2008, maka tahun ini '2009', saya cuba kuatkan iltizam untuk menerbit dan menghasilkan album solo yang ke enam pula. Hmm..bayangkanlah. Di celah kesuraman iklim ekonomi semasa juga kelesuan pasaran album, saya berazam dan bertawakkal untuk menyiapkan album ini sebagai bahan dakwah dan santapan rohaniah buat jiwa umat.

Sdr Syarani selaku penerbit merangkap 'jurutera bunyi' sedang membetulkan kedudukan mic dan studio sebelum memulakan rakaman.

Kumpulan Zameel, Ajwad, Danial dan Amad (Artis suara latar @ 'backup vocal artiste') , sedang bersedia untuk memulakan rakaman.


Encik Bistaman Siru selaku penerbit Esukutif dan Encik seth Ismail selaku Ko-ordinator turut hadir memberi sokongan dan pandangan. Sesungguhnya saya amat menharapkan pertolongan dari Allah serta sokongan dan doa dari anda semua. Allahul Musta'an.



3 comments:

zaman shah said...

Tahniah Ustaz atas kelahiran album baru yang akan lahir nanti,Insyallah saya akan mendapatinya nanti,semoga semuanya berjalan dengan lancar dan segala rakaman dapat di jalankan dengan baik..Tahniah sekali lagi!.

Zakaria said...

Semoga Allah memberkati proses kelahiran 'Jangan Bersedih' dan semoga Dia meredhai kita semua.

SAHABAT AMAL said...

Terimakasih atas doa Zaman Syah dan Abg Ya. Lirik abg Ya ni punh hikmah dan Tarbiyyah. Syukran abg Ya.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial