INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, July 18, 2009

"Sayang..., Ibu Pergi Dahulu.."

Bilamana diajak untuk merenung iktibar peristiwa Israk Mikraj Nabi saw, maka tidak dapat tidak daripada menyentuh isu 'bumi Israk' itu sendiri. Apa lagi kalau bukan Masjidil Aqsa, di Baitil Muqaddis, Palestine sana? Sudah lebih enam dekad saudara Islam kita di Palestine sana bermandi air mata dan darah demi mempertahankan qiblat pertama kita dari kejahatan dan kerakusan Yahudi (Zionis) laknatullah. Bumi dan tanahaiar mereka telah dirampas sewenang-wenangnya bahkan mereka dihalau dan diusir sesuka hati oleh regim Yahudi yang direstui oleh kuasa-kuasa besar dunia khasnya Amerika dan Britain.


Seorang ibu yang sedang nazak dibedil askar Yahudi sedang menenangkan anak lelakinya yang meratap hiba..


'Ibuuuu...jangan tinggalkan sayaaa," jerit si anak saat ibu menarik nafasnya yang terakhir. 'Anakku, ibu pergu dahulu. Bersabar dan tabahlah. Kita jumpa di sana nanti." Bagaimana pun ia menangis, ibunya tetap pergi juga. Pergi sebagai seorang syahidah, kerana mempertahankan bumi penuh Barakah. Lihatlah saudara-saudaraku. Dengan matahati yang insaf.


Kini ibu pergi buat selama-lamanya, meninggalkan anak tercinta yang mengharapkan perhatian, kperihatinan dan belas kasihan sekelian saudara-saudaranya yang beriman. demikian 1 dari 1001 kisah airmata di bumi Israk sana.



1 comments:

Anonymoussaid...

Inilah akibatnya jika umat Islam tidak bersatu. Tanda2 dah nampak kat malaysia. ada 3 parti yang mperjuangkn Islam. cam ne nak bersatu?

_______________________
View Profile: Rantong™

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial