INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, July 15, 2009

CARI HATI KITA DI TIGA TEMPAT



السلام عليكم ورحمة الله

Saya berpendapat bahawa buku ini amat sesuai untuk dimanafaatkan oleh semua orang. apatah lagi dengan berleluasanya 'penyakit hati' sekarang ini. Jika penyakit hati lahiriah, kita boleh menggunakan cara perubatan terkini yang sediada, tetapi bolehkah kita merawat penyakit hati rohaniah ini? Ianya hanya boleh diubati dengan cara mujahadah.

Di antara mujahadah yang boleh kita lakukan adalah melalui ilmu. Ini kerana jika akal manusia tidak diberi ilmu, HATI TIDAK DIBERI IMAN dan nafsu tidak dididik, maka kita akan menjadi manusia yang rakus tanpa memperdulikan perintah dan larangan ALLAH.



Kenapa hati perlu dijaga dan diberi IMAN? Tidak lain dan tidak bukan, hati merupakan mahkota diri manusia yang perlu dipertahankan dari sebarang unsur yang boleh membawa diri kita kepada kemurkaan ALLAH.

Dalam buku ini ustaz telah menjelaskan beberapa perkara penting untuk menyemai benih iman dalam hati kita agar hati kita tidak sakit dek kerana dosa-dosa yang kita lakukan samada disedari atau tidak kita sedari. Sebab itu antara doa yang selalu Rasulullah SAW baca setiap kali selesai solat ialah:-

اللهم اغفرلي ما قدمت وما اخرت وما اسررت وما اعلنت وما انت اعلم به مني أنت المقدم وأنت المأخر لا اله إلا أنت

Tidak terhapus dosa kecuali dengan taubat yang diterima ALLAH dan dengan izin ALLAH. Amat penting untuk kita muhasabah diri tentang dosa-dosa yang kita lakukan, bagaimana membersihkan dosa-dosa ini dan meraih sebanyak mungkin ganjaran pahala yang ALLAH sediakan untuk kita agar hati kita mampu membawa hati kita sentiasa dekat dengan ALLAH.

Maslahah yang dihadapi oleh kebanyakan manusia di akhir zaman ini ialah mereka gagal mencari hati mereka sendiri dek kerana kurangnya kefahaman tentang ISLAM YANG SYUMUL yang diasaskan oleh SYARI'AT, 'AQIDAH DAN AKHLAK.

Imam Al-Ghazali pernah berkata bahawa hati hanya boleh dicari di tiga tempat. Carilah hati kita ketika membaca Al-Quran. Sekiranya kita tidak menemui hati kita ketika itu, maka carilah ketika kita mengerjakan solat. Sekiranya kita masih tidak menemui hati kita, maka carilah ketika kita sedang duduk bertafakur mengingati kematian. Sekiranya kita masih tidak menemuinya, maka pintalah hati yang baru daripada ALLAH kerana ketika itu hati kita sudah rosak atau hilang dek kerana dosa-dosa yang telah menyebabkan penyakit hati kita sudah parah.

Dalam buku ini ada jawapannya bagi mereka yang ingin mengubati hati.

والله اعلم

MOHAMAD YUSOFF ABDULLAH
Imam 1, Masjid An-Nur
Saujana Utama. Sg Buloh, selangor

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial