KUALA LUMPUR, 22 Julai
1. Angka 8 menjadi sangat penting buat Radio IKIM.fm dan seluruh peminat-peminat setianya. Ini kerana Ikim.fm akan menyambut ulang tahunnya yang ke 8 pada tahun ini.
2. Sempena ulang tahunnya yang ke 8 itu, Ikim.fm akan mengadakan Karnival Sehari Bersama IKIM.fm di dewan besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini pada 8 Ogos ini.
3. Dalam satu kenyataannya, Ikim.fm berkata karnival itu dianjurkan bagi menghargai sokongan pendengar setia IKIM.fm yang membolehkan radio berkenaan kekal di tangga ke-8 daripada 22 stesen radio berbahasa Malaysia mengikut kajian terkini AC Nielsen.
4. Pada masa sama, Radio IKIM juga berjaya meningkatkan bilangan pendengarnya sebanyak 20,000 orang berbanding stesen radio lain yang mengalami penurunan bilangan pendengar.
5. Kajian yang dikeluarkan oleh AC Nielsen itu mendapati kalangan pendengar setia Ikim.fm dibahagikan kepada tiga iaitu kelompok remaja yang berusia dari 10 hingga 19 tahun, surirumah, dan golongan profesional.
6. Antara yang menarik pada sempena Karnival tersebut ialah: Persembahan pentas secara langsung oleh artis nasyid terkemuka tanahair seperti Rabbani, Hijjaz, UNIC, In-Team, Raihan, Nazrey Johani dan Hafez Hamidun. Para pengunjung juga akan disajikan dengan acara berbentuk kekeluargaan seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, persembahan bercerita, sukaneka bersama artis, Kuiz IKIM.fm dan uji bakat penyampai IKIM.fm.
7. Bagi peminat dan pendengar radio Ikim.fm di sekitar ibukota dan Lembah Klang yang berkelapangan pada hari tersebut, maka anda dijemput datang beramai-ramai seisi keluarga bagi memeriahkan lagi carnival tersebut.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
1 comments:
Syabas dan Tahniah kepada Radio IKIM.FM kerana memberi informasi yang sangat2 berguna kepada saya dan terutamanya rakyat Malaysia.Selamat menyambut Ulangtahun ke-8...Selepas ni kita tunggu Stesen Tv Islam pula..Kebankitan Islam Makin terserlah...
Post a Comment