Dresden, Jerman
1. Bilamana engkau ikhlas meletakkan hak Allah di atas segala-galanya, bilamana engkau berdiri gagah menjunjung syariatNya, maka dalam tempoh yang tidak lama engkau sedang melihat dan telah menyaksikan bagaimana Allah swt mengangkat tinggi sebutan namamu dan melonjakkan maqammu ke senarai teratas.
2. Al Fatihah buatmu wahai Ukhti As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini (32 tahun). Engkau dibunuh dengan kejam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim yang sepatutnya menjunjung keadilan dan membela kebenaran.
3. Kerana mempertahankan prinsip Islammu, kemuliaan jilbabmu, kehormatan agamamu, engaku telah dibunuh tanpa rasa peri kemanusiaan. Sungguh ia satu peristiwa berdarah yang menggemparkan yang berlaku di zaman yang kononnya orang-orangnya bertamadun, di sebuah negara yang dikatakan mengamalkan prinsip demokrasi dan menjamin hak kebebasan manusia.
4. Bagaimana kisahnya bermula?
Kisah bermula pada tahun lepas (2008). Suatu hari, Dr Marwah al-Syarbini (seorang muslimah warganegara Mesir) membawa anak lelakinya Mustafa (3 tahun) ke sebuah taman permainan kanak-kanak di bandar Dresden. Di situ terdapat seorang lelaki warganegara German berbangsa Rusia dikenali sebagai Alex (28 tahun). Marwah meminta lelaki itu agar meninggalkan buai untuk memberi peluang kepada anaknya bermain. Lelaki tersebut bukan sahaja tidak mengendahkan permintaan Marwah, sebaliknya telah memaki hamun dan menuduhnya pengganas kerana memakai pakaian menutup aurat.
5. Lihatlah siapakah pengganas yang sebenarnya dan siapa pula yang diganasi?
6. Berani kerana benar. Takut kerana salah. Demi mempertahankan maruah dan tuntutan agamanya, Dr Marwah bertindak membuat pengaduan di Mahkamah. Mahkamah memerintahkan lelaki tersebut membayar denda kepada Marwah sebanyak 750 Euro. Lelaki itu tidak berpuas hati dengan keputusan hakim dan meminta diulang bicara.
7. Pada hari yang ditetapkan, hari Rabu (1 July) Marwah datang ke mahkamah untuk perpicaraan. Namun lelaki itu telah menunggunya dengan sebilau pisau, lantas menikamnya bertubi-tubi. Suaminya yang menyaksikan serangan itu cuba menghalang. Tetapi dia sendiri turut terkena tikaman. Beberapa minit kemudian anggota polis tiba dan segera melepaskan tembakan. Malang sekali lagi, yang tertembak adalah suami Marwah, Dr Muhammad ‘Ukaz. Dia kini masih kritikal.
8. Dengan rodokkan 18 tikaman, Marwah yang sedang hamil 3 bulan menghembus nafas terakhir di tempat kejadian. Manakala suaminya pula dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Terkenang saat khalifah Umar Al Khattab dirodok pisau oleh Abu Lu'lu-ah Al Majusi saat sedang mengaimamkan solat Isya terakhirnya.
9. Engkau telah membuktikan pada dunia, bahawa dengan berjilbab, engkau tidak terhalang daripada menggengam gelaran Doktor PHD dalam bidang Farmasi. Demikian juga suamimu, Dr Muhammad 'Ukaz. Engkau terbilang di dunia dan di akhirat.
10. Kepada ukhti kita, Dr Marwah, sekalung tahniah kami ungkapkan untukmu di atas pengorbanan, perjuangan dan kesyahidanmu. Derita duniawimu kini telah berakhir.Yang pasti, engkau kini telah menempah tempatmu di syurga sana.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
2 comments:
Hati Menjerit
Hati menjerit menangis di setiap hari
Melihatkan merah darah umat
Membanjiri bumi luas Tuhan
Bila terjadi pembunuhan
Hati terus meraung dan merintih
Bila seorang ibu ditikam tanpa belas
Merah darah mengalir ganas
Di sebuah mahkamah
Tuhan, Kau telah memberitahu kami
Tentang peritiwa akhir zaman
Melalui lidah Nabi-Mu
Benarlah ujaran Rasulullah
Di akhir zaman banyak
berlaku,
Pembunuhan, pembunuhan
pembunuhan
Untuk Marwa,
anakmu dalam kandungan dan
suami yang bermaruah
Untuk etnik Uighur di China yang kalah
Semoga kalian, syahid
Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
26 Julai 09 8.00 malam
___________
Inspirasi dari sebuah nasyid dan
hadis akhir zaman.
i'm so proud of dr.marwa
Post a Comment