INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, July 11, 2009

DUA-DUA CARI MAKAN


Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya
jenis pekerjaannya. Sebaik melaporkan diri, dia diberikan uniform
berbentuk gorila.

Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang
gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati beberapa hari lalu. Untuk
itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok.



Lama-kelamaan pemuda tersebut merasa seronok dengan tugasnya. Namun pada
suatu hari minggu yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba
tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa.

Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan.
"Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya.

Perlahan-lahan singa berbisik ke telinga pemuda itu . "Hey! Diamlah,
kalau tidak kita berdua akan dipecat," kata singa itu.

SAHABATAMAL: mUNGKIN SAHABAT-SAHABAT SEMUA BOLEH TOLONG KELUARKAN PENGAJARAN DARI KISAH INI AGAR KITA SAMA2 DAPAT MANFAAT.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial