Cuti sekolah baru2 ni, saya sekeluarga ambil peluang balik bercuti di kampung. Nun, sebelah utara sana. Mana lagi? Perlis laa. Peluang bercuti sebegini amat bermakna kerana kami dapat pulang menziarahi emak ayah kat kampung. Mak ayah tentulah lagi gembira dengan kepulangan anak dan cucu semua.
Dalam celah-celah tu, sempat juga meronda ke padang Besar. Adala sambaq satu dua barang yang dirasakan perlu juga jajan (makanan ringan) sebagai buah tangan utk keluarga dan jiran di Sg Buloh.
Yg saya nak cerita, waktu nak balik ke Kangar, kami ambil jalan lain. "Pemandu Jalan' kami, saudara Wan ajak balik ke Kangar ikut Jln Chuping yamg berlatar belakangkan 'Ladang Tebu Perlis' yang luas saujana mata memandang. Subhanallah. Sebut pasai ladang tebu ni, teringat saya kat arwah Pak Saudara saya, Soleh, yg juga guru quran saya. Dulu, dia pernah bekerja mencari rezeki kat sini. Al Fatihah untuknya.
Alhamdulillah, Cuaca pagi cerah dan indah sekali. Jadi saya suruh isteri saya ambil gambar mana-mana shj pemandangan yang cantik menawan kalbu. Pakai handphone saja.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment