INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, March 23, 2009

TINGGALKANLAH RASUAH MERASUAH


KUALA LUMPUR 22 Mac –Pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata:

1. Sejahat-jahat bangsa Yahudi, mereka langsung tidak mengamalkan budaya cantas- mencantas dan rasuah politik. Walaupun ia agak keras dan perit untuk diterima tetapi perlu diakui oleh kaum Melayu terutamanya di kalangan pemimpin UMNO.

Walaupun sudah sedar bahawa parti dalam keadaan nazak, budaya mencantas dan rasuah masih berleluasa seolah-olah ia tidak diperhitungkan kelak di akhirat.

2. "Seorang pemimpin yang baik sebelum berhasrat mengetuai orang lain perlu terlebih dahulu memimpin diri sendiri dengan sebaik mungkin".

3. Sesebuah perjuangan itu tidak boleh terhad sekadar kesejahteraan bangsa di dunia saja tetapi melangkaui sehingga ke akhirat.

4. " semua pihak termasuk ahli biasa atau bakal pemimpin perlu menginsafi bahawa manusia dijadikan bukan sekadar pelengkap fitrah semata-mata.
Manusia mempunyai misi dan matlamat yang penuh tinggi hikmahnya.

5. “Adakah anda jadi ahli UMNO semata-mata rasa bahagia dipuji dan dibelai tetapi amat marah apabila ditegur walaupun ia adalah perkara betul.UMNO pada masa ini amat memerlukan proses intervensi untuk menjadi terbilang di kalangan terbaik dan mengelak budaya ‘cakap tidak serupa bikin’ di kalangan pemimpinnya. Ini kerana kajian psikologi mendapati lebih 95 peratus individu terutama pemimpin akan terus tidak berubah selagi tidak disempurnakan proses intervensi. Jangan sesekali jadikan kajian ini halangan untuk berubah sebelum terlebih dahulu berusaha gigih untuk melakukannya".

Beliau berkata demikian dalam ceramah bertajuk Suntikan Motivasi: Melahirkan Generasi Muda dan Semangat Waja Untuk Negara pada sesi ceramah motivasi Perpaduan dan Patriotisme kepada ahli Kelab UMNO Luar Negara di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online 23Mac09

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial