INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, March 20, 2009

BINGKISAN BUAT JURU DAKWAH


Nuzulnya al quran kepada umat manusia tidak sekadar menjelaskan kepada mereka mana yang haq dan mana yang batil, mana yang halal dan mana yang halal bahkan turut menjelaskan seterang-terangnya uslub, kaedah dan sisitem berdakwah kepada Allah SWT. Persoalan dan ilmu dakwah ini bukan hanya penting dan utama buat para Nabi dan Rasul (guru besar dakwah) malahan turut penting buat seluruh juru dakwah di setiap tempat dan zaman selaku penggerak dan penyambung kesinambungan dakwah ilaLLah itu sendiri.


Kitabullah dan As Sunnah sering mengingatkan kita bagaimana perlu adanya muzakarah dan muhasabah dakwah. Tanpa uslub dan kaedah yang betul, seruan dakwah tidak akan sampai ke mana-mana. Hasilnya tak dapat dilihat bahkan usaha dakwah yang tidak bersistem itu hanya akan berkesudahan gagal bagai menuang air ke atas daun keladi atau bagai debu yang beterbangan dipukul angin.


Contohnya Si Leman mengajak si Hanafi supaya mendirikan solat dengan cara memarahi dan memaki hamunnya dengan kata-kata yang keras dan kesat. Kita semua pun tahu natijahnya bukan? Bahkan kita sendiri pun tidak boleh menerima andai diperlakukan sedemikian.


Antara uslub dakwah terpenting sepertimana dijelaskan Allah kepada RasulNya di dalam ayat 125 surah An Nahl ialah Uslub AL HIKMAH yakni Kebijaksanaan. “Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah dengan mereka (juga) dengan cara yang terbaik”.


Setelah menyorot dan menghadam sirah Nabi saw yang harum mewangi itu , kita pasti akan melihat betapa kesekelian hayat maupun situasi dan kondisi Nabi saw itu terutamanya dalam aspek dakwah yakni setelah termeterainya Kerasulan, semuanya terlaksana di dalam hikmah dan secara penuh berhikmah. Sedar ataupun tidak, kerana faktor dan asbab hikmahlah, manusia pada zaman kerasulan itu berbondong-bondong datang memeluk agama Islam yang suci.


Jesteru, memiliki hikmah itu tersangatlah penting khasnya buat sekelian du’at (juru dakwah), Murabbi (pendidik) terutamanya ibubapa, para ulama dan pemimpin masyarakat. Maksud memilikinya ialah menyemai dan menanamnya di dalam jiwa secara bersungguh-sungguh seterusnya menyubur dan memantapkan kondisinya setelah mana ia direzekikan Allah swt kepada kita.


Dari Anas r.a. disebutkan bahawa Abu Zar r.a. menagatakan bahawa Nabi saw bersabda: “..Terjadi (terbuka) celahan pada atap rumahku ketika aku di Makkah. Kemudian Jibril as pun turun, lalu dadaku dibedah dan dicucinya dengan air zam-zam. Lalu dibawanya satu bekas dari emas berisi hikmah dan iman; dituangkan (kedua-keduanya) k dalam dadaku dan ditutupnya kembali (dadaku). Lalu dipimpnnya tanganku dan aku dibawanya pergibermikraj”. (Riwayat Bukhari & Muslim).


Bagi juru dakwah lagi ulul albab, peristiwa dan pengalaman Nabi itu sama sekali tidak sia-sia kerana tiada urusan maupun ciptaan Allah swt yang terjadi secara atau untuk tujuan yang sia-sia. Semoga kita semakin jelas kepentingan dan keperluan hikmah di dalam hidup kita khasnya di dalam jurusan tarbiah dan dakwah ilaLLah.

Firman Allah: “Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya”. (Surah al Baqarah ayat 269 .. Jumpa lagi.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial