Bagaimanapun kita cuba menyembunyi dan merahsiakan sesuatu di dalam diri (jiwa) kita, Allah swt tetap mengetahuinya kerana Dia sememangnya Maha mengetahui. Tiada sesuatu perkara pun yang tersembunyi dari kesempurnaan dan keluasan MakrifahNya.
Namun dibandingkan dengan orang lain, secara jujurnya kitalah yang amat mengenali kekurangan dan kelebihan yang ada di dalam kita. Orang kebanyakkan tak nampak 'pekung' atau cerita sebenar diri kita. Kalau nampak dan terperasan pun boleh jadi insan soleh yang punyai 'Basirah' (pandang Tembus). Walau bagaimana pun, kita jugalah yang lebih arif mengenai luar dalam diri kita daripada orang lain.
Banyak juga orang yang menurut sangkaan mereka, yakni setelah melihat dan menilai lahiriah yang kita zahirkan berkata yang kita ini nampak macam ok dan baik saja. Walhal, hakikat keadaan adalah sebaliknya. Jauh panggang dari api . Nama pun 'pandangan mata' seperti yang sering dialunkan "Pandangan mata selalu menipu". Apapun, mudah-mudahan Allah Swt menjadikan diri kita sebagaimana pandangan baik mereka ke atas diri kita. Macam kadang-kadang ada orang panggil kita 'haji!', walhal kita belum naik haji lagi. Tapi kita sambut panggilan tu dengan membaca 'Amin' je. maksudnya 'perkenankan ya Allah'. Mudah-mudahan sangkaan orang kepada kita itu (walaupun salah dan tidak tepat) bertukar jadi doa kebaikkan atas diri kita.
Hmm..mana-mana keadaan dan situasi kerendahan budi, ketirisan iman, kecelaruan minda dan emosi, kelemahan diri sendiri yang tidak dapat dijangkaui oleh pandangan mata dan pengetahuan orang ramai, maka pada Allah Ar Rahman jualah kita memohon taubat dan keampunan. Pada mata kasar orang ramai kita nampak suci dan beketrampilan namun pada pandangan Allah Al Quddus , diri kita masih sahaja berlumuran selut duniawi dan debuan dosa. Semuga Allah tidak menghukum kita terhadap apa jua kata-kata dan sangkaan mereka terhadap diri kita itu.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment