INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, March 11, 2009

SEMATA-MATA KERANA REDHA DIA

Harga redha Allah sangatlah mahal. Tidak terbanding dengan apa jua. Seorang hamba yang telah membulatkan tekad dan iltizamnya untuk mencari dan mengutamakan redha Tuhannya terkadang harus bersedia dibenci, disisih dan dipinggirkan sekelian makhluk. Sekali lagi, kerana harganya yang teramat mahal maka dugaannya juga teramat-amatlah besar. Adakah insan yang telah sampai ke darjat ini?

Ya, inilah dia darjat para Nabi. Lebih dari itu darjat para Rasul. Lebih dari itu lagi darjat para Rasul Ulul 'Azmi dan teratas dari semua darjat itu adalah darjat junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Demi redha Allah, baginda SAW sanggup mendepani dan menyongsang arus. Baginda amat berani melawan tuntutan massa yang ternyata songsang dan palsu. Untuk itu Nabi saw berdakwah siang malam tanpa jemu sampai sanggup menanggung segala risiko dimusuhi dan gagah meranduk segala bebanan samda dari orang yang dekat maupun jauh semata-mata kerana redha DIA.

23 tahun perjuangan Nabi saw menceritakan kepada kita betapa Nabi saw meletakkan redha Allah di hadapan dan di atas segala-galanya. Segala cemuhan, kata nista, cacian dan kejian yang dihamburkan dalam tempoh itu, baginda saw terima dengan lapang dada bahkan menganggapnya sebagai asam garam perjuangan ataupun siraman baja yang tidak dapat tidak amat diperlukan bagi menyubur dan merimbunkan pepohon Islam.

Nabi saw redha dengan ketentuan dan taqdir Allah ke atas dirinya. Lalu, tanpa lengah lagi.., risalah disampaikan, Taqwa dilestarikan, dakwah ilaLLah disebarluaskan, amanat ditunaikan, nasihat dihamburkan, jihad ditegakkan dan ibadah dibangunkan sehinggalah baginda saw menemukan keyakinan dari Tuhannya. Lantas, tiada siapapun dimaya pada ini dapat memintas darjah Redhanya. Allahumma Solli 'ala Muhammad.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial