INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, March 2, 2009

Hikmah Sepasang penciptaan













Apa akan jadi kalau Allah hanya menciptakan orang lelaki sahaja di muka bumi ini? Tentu kita kata (jawab) sudahnya alam ini nanti akan jadi tak tentu arah. Berantakkan dan penasaran.

Begitu juga, bagaimana kalau Allah hanya ciptakan kaum wanita sahaja atas muka bumi ni? Lelaki sorang pun tak ada. Nescaya kita kata kelang kelibut jadinya. Dua-dua keadaan akan membawa kepada kerosakkan dan ketidak ketahuan.

Demikian juga bagaimana kalau di alam ini semuanya orang pandai-pandai sahaja, tak ada orang tak pandai dan kurang pandai? Hanya orang kaya sahaja, orang miskin tak ada? Orang Tinggi saja, orang rendak tak ada? Orang putih sahaja, orang gelap dan hitam tak ada? Oh, Nescaya kita kata, betapa tidak harmoninya. Betapa tidak seimbangnya. Iyelah, kalau tak ada orang miskin, macamana orang kaya nak dapat pahala bersedekah dan membantu? Kiaslah pada contoh-contoh yang lalu.




Kerana itu, Allah menegaskan bahawa Dia telah menciptakan umat manusia secara berpasang-pasang dan turut bersumpah dengannya. "Demi segala sesuatu yang genap (berpasang-pasang) dan segala sesuatu yang witir (ganji)l", (Surah Al Fajr). Kerana apa?

Kerana Allah itu Maha Badi' lagi Maha Hakim. Dia telah mencipta segala sesuatu menurut keperluan, kesesuaian dan kapasitinya. subhanallah. "Dan Dia telah menciptakan kamu berpasang-pasang". (Surah An Naba).

Maka, Allah menciptakan kita berpasang-pasang agar kita hidup berkasih sayang, bantu-membantu dan lengkap-melangkap di antara satu sama lain macam sebuah bangunan yang batubatanya saling kuat-menguat dan kengkap melengkapim

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial