Mukmin sejati itu adalah seorang yang terhimpun pada dirinya sekelian sifat-sifat yang baik samada sifat-sifat baik itu dalam hubungannya dengan Allah swt ataupun sifat-sifat baik dalam berhubungan dengan sesama manusia. Pada setiap hari baru yang dianugerahkan Allah, dia akan memastikannya sarat terisi dengan kebaikkan dan kesolehan. Begitulah azam dan iltizamnya.
Dalam hidup bermasyarakat, mukmin sejati tidak akan menjadi kera sumbang apa lagi menyendiri, mementingkan diri dan bersikap nafsu nafsi . Dia suka hidup bermasyarakat, bermuafakat, mengambil berat dan berkongsi pendapat. Bagaimana untuk merealisasikan semua itu andai di rumah sahaja asyik terlekat. Tak pula bertegur sapa dengan jiran yang jauh apa lagi yang dekat??
Dalam pergaulan dan hidup bermasyarakat pasti ada hal-hal yang remeh temeh dan terkadang pasti mengguris jiwa dan menambah duka nestapa. Sebab, nama pun manusia. Macam-macam ragam, tabiat dan karenahnya. Namun mukmin melihat semua itu sebagai asam garam dan lumrah kehidupan. Sifat sabar yang dihayatinya berjaya menyerap dan mempositifkan semua karenah dan ragam manusia yang diketemuinya. Bahkan dugaan-dugaan itu di satu-satu ketika menjadi 'hiburan' pula bagi dirinya.
Seseorang mungkin boleh berkata; "kurang campur dan bergaul dengan orang ramai lagi baik. Tak ada banyak masalah. campur dengan orang pun buat pening je. Baik aku buat hal sendiri fikir diri sendiri sahaja". Nampak macam idea tu ok. Tapi Nabi saw kata bercampur gaul dan bermasyarakat itu lagi ok dan lagi utama kerana kita atas nama manusia adalah bersaudara dan saling lengkap melengkapi dan perlu memerlukan.
Hadith Ibn Umar Radhiyallahu 'anhuma, “seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032)
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment