Telah empat puluh tahun lamanya aku singgah di sini, di bumi ini. Aku tak berapa pasti entah berapa ribu hari yang telah ku tempuhi dalam tempoh itu, lebih-lebih lagi pada jumlah hari yang benar-benar telah kepenuhinya dengan ketaatan dan amal soleh. Dan semua kita, pastinya amat tidak pasti berapa lagikah jumlah bilahan hari yang masih berbaki. Banyakkah atau sikitkah? Hari dan usia sangat berkait rapat. Bila hari ini berlalu bermakna satu hari dari umur kita telah berkurangan. Esok yang mendatang boleh jadi hari seseorang berangkat pulang. Ini bermakna kita benar-benar berada di minit-minit terakhir perhitungan bagi sesebuah perjuangan dan perjalanan. Pada Allah kita memohon doa: "Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah sebaik-baik umurku itu pada pengakhirannya".
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment