INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, March 24, 2009

SYAITAN-SYAITAN YG BERTOPENGKAN MANUSIA

BAITULMAQDIS: Gilaa. Tak cukup dengan kekejaman dan pembunuhan ramai-ramai dalam pencerobohan yang lalu, tentera Israel meneruskan kekejaman mereka dengan cara mendera pula psikologi penduduk Gaza. Sebelumnya, dalam pencerobohan terakhir, Tentera Israel telah pun membunuh sesuka hati lebih 1,350 penduduk Palestin, kebanyakannya orang awam, dan mencederakan 5,450 lagi dalam masa 22 hari serangan ke atas Gaza.

Kali ini penderaan mereka dengan cara apa? Zionis Israel dikatakan mengeluarkan baju T tertera gambar bayi Palestin yang maut, ibu meratapi kematian anak dan masjid yang dimusnahkan.

Dengan nada penuh ketamakkan seorang askar Israel berkata:“Anda cari sesiapa saja yang tahu melukis dan lukislah, kemudian tunjukkan kepada panglima sebelum dicetak di atas baju T,” kata seorang askar Israel yang memperkenalkan dirinya sebagai Y, kepada akhbar Haaretz, kelmarin.

Apa lagi yang Yahudi laknatullah itu designkan pada baju T mereka?
1. Sejak perang ke atas Gaza berakhir, tentera Israel yang menamatkan latihan tugasan di lapangan, memakai baju T menonjolkan kekejaman mereka di wilayah persisiran pantai padat dengan penduduk itu.
2. Sehelai baju T direka penembak curi unit infantri dengan tulisan berbunyi ‘Gunakan Durex (jenama kondom)’, di samping imej mayat bayi Palestin, ibu yang menangis dan patung beruang di sebelahnya.
3. Sehelai lagi baju menunjukkan wanita Palestin yang hamil dengan mata lembu diletakkan pada perutnya, diiringi slogan, ‘satu tembakan, dua terbunuh.’
4. Sehelai baju yang dipakai anggota unit infantri berbunyi ‘Biar semua ibu Arab tahu nasib anak lelaki mereka di tangan saya.’
5. Banyak daripada baju itu juga dicetak dengan mesej seksual. Satu slogan ‘Tiada dara, tiada serangan ganas,’ terpampang di bawah imej seorang anggota tentera Israel merogol seorang gadis.

Pakar sosiologi, Orna Sasson-Levy, dari Universiti Bar-Ilan, berkata lukisan dan slogan menunjukkan bagaimana tentera Yahudi menilai penduduk Palestin. - Agensi






0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial