INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, March 19, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2009

KUALA LUMPUR: Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia selaku penganjur, Abdul Halim Ismail, berkata;

a.Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-28 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini selama 10 hari bermula 17 April depan.

b. Dijangka menerima kunjungan lebih 2.2 juta orang walaupun jumlah gerai pameran berkurangan berbanding tahun lalu.

c. Pesta buku kali ini bertemakan ‘Buku: Lakaran Masa Depan’ menerima penyertaan sebanyak 187 syarikat berbanding 202 syarikat pada tahun lalu membabitkan 116 syarikat tempatan, 36 agensi kerajaan dalam negeri, 32 syarikat luar negara dan tiga agensi luar negara termasuk dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Indonesia.

sahabatamal: Jomlah kita pakat hadir ramai2 menyemarakkan seamangat cintakan ilmu juga budaya membaca. Khabarnya, masih ramai di kalangan masyarakat Malaysia yang tiada minat membentuk budaya membaca dan menambah ilmu pengetahuan. Ini adalah persoalan sikap yakni sikap yang negatif yang perlu kita tangani segera. Ia sesuatu yang sangat merugikan ummah pada masa hadapan. Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu, maka BACALAH DGN NAMA ALLAH!

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial