INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, March 5, 2009

CENDIAKAWAN BARAT PUN MELUAT & BENCI ZIONIS



Tentera Israel guna penyelidikan universiti tindas penduduk Palestin

LONDON: Seramai 400 ahli akademik Britain menggesa Muzium Sains membatalkan bengkel pendidikan mempromosi sains Israel hari ini tajaan Persekutuan Zionis United Kingdom kerana menguar-uarkan kejayaan tujuh universiti negara Yahudi itu yang penyelidikannya digunakan dalam serangan kejam ke atas penduduk Palestin di Gaza. Pengkritik terbabit merancang mengadakan piket di lokasi promosi berkenaan, kebanyakannya turut berkempen supaya sektor akademik Britain memulaukan sektor pendidikan Israel pada 2002 meskipun ia menemui kegagalan.

Seramai 40 profesor adalah antara yang terbabit kali ini termasuk Jonathan Rosenhead dari Sekolah Ekonomi London yang mengetuai protes; Steven Rose dari 'Open University' dan sejarawan, Charles Jencks. Turut sama menyertai protes termasuk Ian Gibson, bekas pengerusi Jawatankuasa Sains Dewan Rakyat; penulis Ahdaf Soueif; arkitek Walter Hain; pemenang Nobel, Mairead Maguire serta Jawatankuasa Britain bagi Universiti Palestin.

Rosenhead berkata: "ada banyak bukti menunjukkan hubungan antara saintis Israel dan dasar pertahanan negara itu, terbaru menerusi kajian tahunan Universiti Tel Aviv (TAU) yang mengakui Kementerian Pertahanan Israel membiayai 55 projek TAU yang memainkan peranan besar dalam 'mengukuhkan keupayaan keselamatan dan kelebihan tentera Israel".

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial