INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, March 6, 2009

KEBENARAN DAKWAH RASULULLAH SAW



TORONTO: Sejak 1500 tahun yang silam, Rasulullah saw telah pun memperjuangkan Islam yang meberi jaminan kebahagiaan dan ketenagan abadi lagi hakiki buat para penganutnya. Ketenangan mutlak yang tiada tolok bandingnya bahkan tiada keraguan padanya kerana setiap umat Islam dididik untuk sentiasa bersandar dan berpaut kepada Tuhan semesta alam serta pemilik khazanah ketenangan, Allah swt. "Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang".

Kebenaran dakwah Rasulullah itu amat nyata dan terserlah sekali. Fitrah nurani manusia dan kajian saintifik kontemporari berdikit-berdikit menemukan kebenaran dan kepastian dakwah Rasul junjungan itu. Dalam konteks hidayah Allah, penemuan ini tidaklah dikatakan sudah terlambat. Selain berupaya memantap dan mengukuhkan keyakinan umat, diharapkan para saintis Barat itu terbuka hati untuk melihat dan menerima kebenaran dakwah Rasulullah saw itu. Barangkali ia menjadi asbab hidayah pada sesetangah insan pilihan.

Kajian Terkini Sekumpulan Penyelidik dari Universiti Toronto melaporkan bahawa Otak golongan yang percayakan Tuhan dan ateis bekerja dengan cara berbeza apabila berdepan tekanan. Percayakan Tuhan mempunyai kesan menenangkan pada otak yang membantu ia menghalang kebimbangan dan meminimumkan ketegangan dengan mudah. Satu kajian baru mendapati percaya kepada Tuhan sebenarnya membantu mengurangkan kebimbangan dan meminimumkan tekanan. Berbanding golongan ateis, peserta yang kuat pegangan agama menunjukkan aktiviti yang kurang dalam anterior cingulate cortex (ACC) otak. ACC ialah bahagian otak yang membantu mengubah suai tingkah laku dengan memberi isyarat apabila perhatian dan kawalan diperlukan, terutama ketika kejadian yang menerbitkan kebimbangan seperti melakukan kesilapan.

Semakin kukuh pegangan agama dan semakin kukuh kepercayaan kepada Tuhan, semakin kurang ACC dilepaskan sebagai reaksi kepada kesilapan dan semakin kurang kesalahan yang dilakukan. Kami mendapati golongan yang kuat pegangan agama atau sekadar percaya kepada kewujudan Tuhan menunjukkan aktiviti otak yang kurang berkaitan dengan kesilapan mereka. Golongan itu kurang berasa bimbang dan kurang tertekan apabila melakukan kesilapan.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial