Diriwayatkan, pernah suatu ketika, seorang anak muda mendaftar diri untuk pergi berperang ke medan jihad. Rasulullah s.a.w merenung wajah anak muda itu dengan pandangan kasyafnya.
"Anak muda, jelaskan kepadaku bagaimana keadaan orang tuamu tatkala kamu keluar daripada rumahmu tadi?," kata baginda.
"Ya Rasulullah, aku mesti beritahu padamu bahawa aku benar-benar ingin syahid di jalan Allah. Namun setelah cita-citaku itu diketahui oleh ibu dan ayahku, mereka jadi amat sedih dan menangis, mereka minta agar aku tidak pergi berperang kerana aku satu-satunya anak tunggal mereka."
"Engkau mendapat pahala. Sekarang.. dengan perintah Rasulullah, kembalilah ke rumah. Gembirakanlah hati kedua-dua ibu bapamu," demikian baginda memutuskan.
Maka, pulanglah si anak muda itu dan gembiralah kedua-dua ibu bapanya. Dia telah beroleh pahala sekali gus mendapat keredhaan Allah di rumahnya dan bukan di medan jihad.
0 comments:
Post a Comment