INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, July 1, 2010

KEIKHLASAN MELELAHKAN SYAITAN


Jika iman yang ada di dalam jiwa seseorang Muslim benar-benar utuh, ikhlas, kuat serta menurut sebagaimana yang digariskan Allah, maka syaitan sama sekali tidak akan dapat menguasainya. Syaitan tidak akan mampu mengalahkannya.

Allah memberi jaminan bahawa jagaan dan pemeliharaanNya akan bersama dengan hamba-hambaNya yang mukminin itu. Barangsiapa yang Allah menjadi Pemelihara, Pengawal dan Penjaganya, maka selamatlah ia dari kejahatan walaupun iblis datang berduyun-duyun dengan bala tenteranya.

Kepada syaitan dikatakan:

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, kamu tidak dapat berkuasa ke atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai Penjaga." (Al Isra': 65).

Jesteru, usahakanlah iman dan mantapkanlah ia agar kita tidak diperkotak-katikkan oleh syaitan atau terperangkap dengan tipu helahnya.

Selain iman yang kuat, apa lagi kekuatan yang menjadi benteng seseorang hamba dari tribulasi dan konspirasi syaitan?

Merekalah para Mukhlisin. Yakni orang-orang Ikhlas. Mereka Ikhlas di dalam Aqidah. Ikhlas di dalam Ibadah. Ikhlas di dalam Akhlak dan Muamalat. Ikhlas di dalam kata-kata dan tindakan. Ikhlas di dalam perjuangan dan pengorbanan.

Iblis benar-benar telah mengaku 'kelelahan'nya setiap kali berusaha menghadapi mereka.

Sama-sama kita lihat apakah penjelasan Allah SWT di dalam al quran.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku (telah) sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlisin (yang ikhlas) di antara mereka." (Surah Al Hijr: 39 & 40).

Antara orang yang benar Aqidahnya, jitu imannya lagi murni keikhlasannya adalah sahabat Nabi SAW yang mulia bernama Umar Ibnul Khattab R.A.

Kepadanya Nabi SAW sabdakan: "Sesungguhnya syaitan telah menjauh darimu, wahai Umar!"

Allah! Syaitan tidak berani bertembung dengan Saidina Umar!! Andai bertembung dengan beliau, syaitan akan gementar hingga beralih ke jalan yang lain.

Bagaimana syaitan melihat kita pula? Allah!! dek lemah dan lesunya iman kita, barangkali di 'celapak'nya di atas belakang kita. Barangkali syaitan sering berjaya menguasai kita sehingga menjadi tawanannya.

Kata-kata Rasulullah saw di atas tadi tidak hanya ditujukan kepada Saidina Umar r.a. semata-mata, bahkan siapa yang berusaha meninggi dan mempertingkatkan imannya juga pasti akan digeruni oleh syaitan.

Iman yang kuat yang ada di dalam diri seseorang muslim bukan saja dapat membentengi dirinya dari tipuan syaitan bahkan dengan nya juga ia dapat mempengaruhi syaitan yang sering mendampinginya sehinggalah syaitan itu dapat diIslamkanya sehingga statusnya berubah menjadi 'jin Islam'.

Aura keimanan yang berkemilau di dalam hati mukmin turut mengenai 'batang tubuh' syaitan yang selama ini berhempas pulas mahu menyesatkannya. Syaitan benar-benar lelah dan patah tulang belakang saat menghadapi hamba-hamba yang Mukhlisin.

Imam Ahmad di dalam sahihnya bahawa Ibnu mas'ud r.a. mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidaklah seorang pun dari kamu melainkan ditetapkan untuknya pendamping dari (kalangan) jin. Para sahabat bertanya: "Termasuk engkau juga wahai Rasulullah? Ya, termasuk aku juga, tetapi Allah telah membantuku menundukkannya sehingga dia (pendamping dari kalangan jin itu) tidak menyuruhku selain kepada kebaikan."

Di dalam riwayat Ibnu Abbas r.a. yang juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan Isnad yang sesuai dengan syarat hadisnya disebutkan: "...tetapi Allah membantu untuk mengalahkannya sehingga dia masuk Islam."

Imam Muslim juga meriwayatkan bahawa Ummul Mukminin Aisyah r.a. berkata (bahawa Nabi S.A.W bersabda): "Tetapi Rabbku (Tuhanku) telah membantuku untuk menguasainya sehingga dia menjadi muslim."

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial