1. Assalamu'alaikum saya ucapkan kepada kak Noor Kumalasari.
2. Diam tak diam, sudah hampir 14 tahun Kak Noor berhijrah meninggalkan kariernya sebagai anak seni.
3. Dia tidak berminat lagi untuk kembali semula kepada karier lama itu sebaliknya lebih selesa menguruskan keperluan keluarga, suami dan empat orang anak lelaki yang sangat memerlukan perhatiannya.
4. Selesa dengan penampilan bertudung, Kak Noor lebih cenderung ke arah mendekatkan diri dengan Islam.
5. "Zaman itu sudah berlalu bagi saya. Jika dahulu saya asyik memikirkan populariti dan glamour sehinggakan hati juga tidak tenang serta serabut apabila mengingatkan tentang peminat dan persembahan di mana-mana. Memanglah seronok ketika itu kerana saya selalu sahaja diserbu peminat, tetapi selepas itu saya tetap ada rasa kesepian dan keseorangan," cerita Kak Noor.
6. Kini dengan jalan mendekatkan diri dengan Allah, Kak Noor rasa jiwanya semakin tenang dan tidak pernah rasa keseorangan kerana sentiasa dapat mengingati Allah.
Firman Allah: "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
7. Antara sebab Kak Noor tinggalkan sepenuhnya dunia glamournya dahulu ialah kerana dia mahu mendirikan solat tepat pada waktunya sebagaimana yang dianjurkan agama.
8. “Ini kerana, (semasa shooting) hanya satu saya memikirkan soal meminta rehat untuk bersolat bila tiba waktunya. Saya sangat faham apabila kita meminta diri seluruh produksi juga terpaksa berehat dan ini membuatkan mereka rugi. Selain itu, waktu bersolek pastinya akan mengambil masa yang lama setiap kali selepas sembahyang, jadi rasanya amat tidak sesuai bagi saya,” kata Kak Noor.
9. Pengalaman Kak Noor dalam mendekatkan diri dengan Islam serta caranya untuk terus beristiqamah menjadi muslimah sejati menarik sekali. Beliau berkata: "Mungkin sudah sampai masa untuk saya berkongsi pengalaman tentang beberapa perkara dalam melakukan perubahan dalam diri. "
10. Pengalaman atau Hijrahnya untuk memakai tudung (menutup aurat) juga ingin dikongsikan bersama rakan Muslimat yang lain. Beliau menyatakan rasa kesalnya mengenai sikap sesetengah wanita yang bertudung tetapi tidak konsisten mengamalnya.
11. Menceritakan pengalaman beliau, Kak Noor berkata: “Saya dahulu pun pada awalnya tidak mahu menutup aurat dan akhirnya bertudung tanpa dirancang. Saya bersyukur kerana mendapat hidayah daripada Allah. Saya tidak mahu melihat wanita hanya bertudung kerana disuruh oleh suami atau perlu bertudung atas sebab-sebab lain. Saya mahu seseorang wanita itu bertudung kerana rasa cintanya kepada Allah semata-mata.”
12. Menurut Kak Noor, untuk mengekalkan diri di dalam perkara yang baik memerlukan perjuangan dan pengorbanan. "Dalam mengekalkan sesuatu perkara baik haruslah selari dengan kekuatan dalaman serta mempunyai azam yang sangat tinggi. Malah paling penting berusaha untuk mengenali Pencipta kita terdahulu."
13. Sebagai motivasi bagi mengekalkan jiwa kepada Iman dan Islam, Kak Noor, suami dan anak-anak berusaha untuk ke masjid untuk bersembahyang berjemaah setiap kali tiba waktu solat.
14. “Jika dahulu saya tidak ke masjid untuk bersembahyang tetapi bila difikirkan ketika menunaikan haji di Mekah, kita berlumba-lumba pula ke masjid untuk menunaikan ibadah ini tetapi apabila di sini (di tanahair) perkara tersebut sudah tidak dilakukan. Rasanya tidak menjadi satu masalah pun untuk saya terus menunaikan amalan tersebut,” ujar Kak Noor lagi.
15. Semoga kita semua dikekalkan di dalam hidayah Allah sehingga ke akhir hayat.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment