INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, June 2, 2010

KEJAM MACAM ZIONIS!


1. Gambar sadis ini dipostkan oleh Hafizah Zahidah Abdullah dalam facebook beberapa jam lalu. Ohh, kekejaman dan penzaliman di mana-mana. Yahudi kejam dan zalim dengan cara Yahudi. Penzina kejam dan zalim dengan cara penzina. Orang yang kejam dan zalim akan disegerakan siksanya di atas dunia lagi. Bayar tunai! Di akhirat, akan bertemu siksa yang amat berat.

2. Keterangan gambar: PETALING JAYA 1 Jun - Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh tiga jam ditemui masih bertali pusat diletakkan di tepi jalan di Damansara Jaya petang tadi. ---> Baca dalam Utusan Malaysia, esok (2 Jun 2010)

3. Benar. Negara kita tiada hubungan diplomatik dengan Yahudi. Sejak lama dulu. Itu sikap tegas kita sewajarnya. Sampai bila pun kita rakyat Malaysia tak redha Israel masuk bertapak di tanahair kita.

4. Namun, melihat kepada berleluasanya gejala pergaulan bebas, hiburan tanpa batasan, perhubungan luar nikah, bersekedukkan dan pembuangan bayi, kita rasa yahudi dan Zionis mula bergelak ketawa dan bertepuk tangan 'sakan' kerana cara hidup 'life style' (perang saraf) yang ditaja oleh mereka selama ini lewat layar perak dan dasar langit 'tanpa sempadan' telah mula meninggalkan kesan yang menghantui hidup serta menghakiskan kedamaian kita. Inilah penjajahan alaf baru yang perlu diberi perhatian semua. Noktah.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial