1. Peranan seorang imam itu luas sekali. Al maklumlah, imam itu adalah tempat rujuk, sosok teladan dan 'penyelesai' masalah yang ikhlas berbakti di tengah-tengah masyarakat yang diimami (dipimpin)nya.
2. Selain ruang lingkup tugasan yang luas, cabaran dan tanggungjawab bagi para imam juga dilihat amat besar sekali lebih-lebih lagi di era ini yang dikenali dengan zaman globalisasi atau lebih tepat lagi di Akhir zaman ini.
3. Yang pastinya ruang jihad para imam tidak hanya terikat dengan waktu pejabat bahkan tidak 'terikat' dengan suasana pejabat semata-mata. Imam sejati adalah imam yang sentiasa berkhidmat di tengah-tengah masyarakatnya, yang mengabdikan seluruh dirinya berbakti fi Sabilillah, yang turun padang bermandi keringat mendengar, meneliti, menganalisa penuh minat serta menyelesaikan segala permasalahan para makmum dan ahli qaryahnya.
4. Info gambar:
Sebahagaian peserta program Imam Muda terbitan Astro Oasis turun padang mendekati dan menyampaikan dakwah kepada seorang mat motor di sekitar Johor Bahru baru-baru ini.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment