NASIHAT BUAT ANAK-ANAKKU
Anak-anak abah..
Dengarkah abah ingin bermadah..
Engkau adalah hambaNya, maka tetaplah beribadah
Dalam hidupmu hayatilah Maqasid Asma Allah yang indah-indah
Engkau sangat akrab dengan Tuhanmu saat dahimu menyentuh sejadah
Hiasilah dirimu dengan sifat-sifat yang Mahmudah
Agar laluanmu menuju syurga dipermudah..
Pada curahan ilmu dan hikmah, hati dan telingamu hendaklah ditadah
Kejayaan hakiki itu hanyalah pada yang istiqamah bermujahadah
Lalu, dosa dan maksiat janganlah diredah..
Juga berhati-hatilah dari perangkap dan najis dadah
Sebelum anak dan cucu cicitmu menyelarmu dengan kalimah 'Poodahh'..
Tundukan pandangan matamu pada 'aurat yang terdedah..
Kerana tanpa sedar imanmu menurun ke darjat terendah..
Agar ibadahmu Maqbulah, maka awasilah segala pertuturan lidah
Kebaikan-kebaikan orang, usahlah dipandang rendah..
Gejala 'buang anak' yang menjadi-jadi.., hahh..apakah jadah?
Anak-anak abah, inilah akibat ajaran Quran dan Sunnah tidah diendah!
Ingatlah, ke kubur juga akhirnya kita berpindah
Andai tak bertaubat, nescaya buruklah padah..
Jeritan dan lolongan dalam neraka tidak berkesudah!!
Dah habis dah!
Nukilan: Sahabatamal
Lokasi: Saujana Utama
Tarikh: 4 Julai 2010
Masa: 12.30 Tengahari

0 comments:
Post a Comment