BUENOS AIRES : Dahulunya, kaum Nabi Lut as yang degil dan bantah telah pun dimusnahkan Allah. Kampung halaman mereka telah diterbalikan. Hujan azab ditimpakan ke atas mereka hingga tiada siapa yang selamat melainkan Nabi Lut a bersama kaumnya yang beriman. Ia azab dan siksa yang sungguh dahsyat.
2. Perbuatan mereka sangat dimurkai Allah. Mereka tanpa segan silu mengamalkan Liwat (perhubungan sejenis lelaki dengan lelaki). Nasihat, peringatan dan teguran Nabi Luth as langsung tidak diendahkan bahkan beliau diejek, dihina dan dipulaukan.
3. Alangkah hodoh dan kejinya perbuatan mereka kerana binatang yang tidak berakal pun tidak melakukan sedemikian rupa. Mereka umpama binatang bahkan lebih bodoh dan lebih sesat daripada binatang.
4. Sejarah kehancuran dan kemusnahan mereka, Allah abadikan di dalam alquran buat pengajaran dan iktibar umat terkemudian.
5. Namun, nafsu yang ada di dalam diri manusia itu tidak pernah mengenal erti takut dan insaf. Ia suka membantah peringatan Allah. Ia sentiasa cenderung kepada kejahatan walaupun sudah mengetahui akibat buruk yang bakal menimpanya.
6. Hanya nafsu orang beriman sahaja yang patuh dan tunduk kepada Penciptanya. Nafsu mereka dapat dididik dan dikekang hingga ia jinak dan sentiasa taat kepada Tuhannya. Mereka memandang keji terhadap maksiat yang dilarang Allah. Ini kerana di dalam hati mereka ada rasa Khash-yah yakni takut kepada Allah dan azabNya.
7. Hanya kaum yang buta hati dan buta sejarah sahaja yang tidak mahu mengambil pengajaran dari kisah umat silam. Mereka benar-benar tenggelam di dalam kekufuran dan kesesatan hingga sukar dan mustahil untuk diperbetulan.
8. Terbaru, Presiden Christina Fernandez (setelah dicadangkan oleh Iblis yang kemungkinan besar hadir dalam meeting dan terlibat dalam keputusan mereka) telah pun menandatangani undang-undang baru yang sekali gus menjadikan Argentina negara pertama di Amerika Latin membenarkan perkahwinan pasangan sejenis.
9. Pejabat Pendaftaran Sivil di seluruh Argentina akan mula memproses senarai permohonan perkahwinan seumpama itu dan upacara perkahwinan (sejenis) yang pertama dijadualkan di Buenos Aires pada 13 Ogos ini. Undang-undang itu diluluskan Dewan Senat minggu lalu selepas mendapat kelulusan di Dewan Rakyat. Mengikut undang-undang baru ini, pasangan sejenis yang berkahwin akan mendapat perlindungan undang-undang sama seperti pasangan heteroseksual. Pasangan sejenis juga diberi hak mewarisi harta selain boleh mengambil anak angkat.
10. Lihatlah, bagaimana Iblis benar-benar berjaya mempengaruhi mereka. Ia kejayaan Iblis yang cukup besar bilamana sebuah negara telah rebah mengikut telunjuknya. Atas nama kekufuran, perbuatan maksiat yang keji telah dipakaikan dengan baju 'kehalalan'. Inilah yang dikatakan sesat dan kufur yang bertimpa-timpa.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment