INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, December 17, 2008

Tuntutan iman

Tiada nikmat Allah swt sebesar dan semahal iman dan Islam. Bila seseorang hmba memilikinya, dia disifatkan telah memeliki segala-gala kebaikkan dunia dan akhirat.


Namun, andai manusia ada segala-galanya dari dari nikmat duniawi ini, tetapi ia kufur dengan Allah, maka ia sebenarnya dikira tidak memeliki apa-apa pun. Berat timbangan dunia yang dimilikinya itu tidak lebih hanyalah kadar setimbang sebelah sayap nyamuk sahaja.



Kerana itu bila dipilih menjadi hamba Allah yang muslim mukmin, maka pertamanya banyakkanlah bersyukur dan sentiasalah mengingatinya. Dengan itu mudah-mudahan Allah akan menambahkan hidayahNya kepada kita pada saat-saat dan hari berikutnya sehinggalah kita berangkat pula meninggalkan dunia yang fana ini ditemani iman yang gilang gemilang.



Setelah meyemai dan membajai syukur, muslim mukmin dituntut pula menunaikan segala tuntutan iman dan islam itu sendiri. Lalu, apakah tuntutannya?



Lewat kehidupannya di maya pada ini, dia hendaklah berhukum dengan syariat Allah SWT. Tanpa sebarang alasan,dia sememangnya terikat dan terbeban (mukallaf) untuk melaksanakan seluruh syariat itu pada setiap masalah yang timbul di dalam kehidupannya.


Dia tidak boleh merujuk, akur serta mengambil selain daripadanya, apalagi untuk sombong dan membantah suatu ketetapan yang telah diwartakan sejak azali lagi.



Dalam kata-kata yang lain, dia mestilah redha serta pasrah terhadap hukuman dan syariat Allah yang sememangnya diambil dari sumber-sumber yang muktabar lagi terjamin kebenarannya iaitu daripada Al Quran, As Sunnah dan semua hukum-hukum yang distinbat dari kedua-duanya dan furuknya.



Nafsu, syaitan bahkan musuh zahir muslim mukmin sememangnya tidak suka, bahkan benci dan meluat terhadap keseriusan, kesabaran dan kesungguhannya mengangkat tiinggi syariat Allah yang suci ini.



Biarpun begitu, ia hendaklah merasa senang hati, berlapang dada, bahkan bergembira menerima segala hukum yang telah ditetapkan Allah SWT samaada ia membawa keuntungan ataupun kerugian samada sesuai dengan keinginan nafsunya ataupun tidak.



Firman Allah Ta’ala: “Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan rasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus bagi mereka) mempunyai hak memilihketetapan sendiri mengenai urusan mereka”. ( Al Ahzab: 36)



Firman Allah lagi: “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau (sebagai ) hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”. ( An Nisa’: 65)



Demikianlah keterangan dan penjelasan Allah kepada sekelian hamba-hambaNya mengenai iman dan tuntutannya. Melaksanakan tuntutan –tuntutan itulah membawa makna dan erti kepada iman yang sebenar.



Menjadikan Rasululah saw sebagai hakim selepas kewafatannya ialah dengan cara menyuluh serta berhukum dengan syariat yang diturunkan kepada baginda juga kepada as sunnah yang ditinggalkan.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial